seismik

[VIDEO] Apabila Kumpulan K-Pop Cuba-Cuba Buat Biskut Raya 'Cornflakes' Madu. Riuh Jadinya!

Biskut raya kegemaran semua orang!

Cover image via YouTube IsaacVkm Lips

Raya tanpa biskut dan kuih Raya memenuhi ruangan meja makan memang tidak sah jadinya

Tidak kira beli atau buat sendiri, kuih atau biskut Raya ini sebenarnya sebahagian daripada kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Image via Hijab & Heels

Kuih dan biskut Raya yang bermacam rupa, warna dan rasa dijadikan santapan buat tetamu yang datang berkunjung. Kuih dan biskut raya ini sudah tentunya akan menambat perhatian bukan sahaja kanak-kanak malah juga tetamu dewasa.

Baru-baru ini, satu kumpulan Kpop, In2It telah merakamkan aksi mereka membuat biskut raya favourite orang ramai iaitu biskut Cornflakes Madu!

Video berdurasi lebih 7 minit itu memaparkan kumpulan yang terdiri daripada 7 orang ahli iaitu; Jiahn, Yeontae, Inho, Hyunuk, Isaac, Inpyo, dan Sunhyun sama-sama membuat biskut berkenaan.

Sudahlah senang cara pembuatannya bahkan rasanya juga sedap. Hanya perlu cairkan mentega dalam bekas, kemudian masukkan madu lalu gaulkan dengan bijirin cornflakes. Selepas itu masukkan dalam mangkuk kertas comel dan bakar dalam oven dalam 15 hingga 20 minit. 

Menerusi video itu, salah seorang ahli In2It iaitu Isaac turut menjelaskan pengertian sambutan Hari Raya buat umat Islam di Malaysia kepada rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja, di laman Twitter pula, turut viral video Isaac sedang membeli belah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut Cornflakes Madu. Cute betul!

Lihat video penuh di bawah:

Ekoran tularnya video itu, rata-rata peminat Kpop meluahkan rasa teruja mereka!

Buat mereka yang tidak mengetahui, Isaac sememangnya merupakan warganegara Malaysia

Image via Pinterest

Isaac atau nama penuhnya, Isaac Voo Kai Meng berasal dari negeri Sabah. Walaupun sudah lama berhijrah ke Korea Selatan, namun dia masih tidak melupakan asal usulnya malahan pernah beberapa kali muat naik video dia berbahasa Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

In2It pernah nyanyi lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor!

You may be interested in: