Netizen Kagum Lihat 'Oppa' Ini Cakap Melayu Ketika Berniaga Di Seoul. Pelat Tapi Cute!
Boleh tahan!
Bukan senang nak jumpa oppa Korea yang reti cakap bahasa Melayu!
Kalau setakat orang Melayu yang reti cakap Korea, itu dah bersepah sangat. Maklumlah, pengaruh k-drama dan k-pop di Malaysia kan telah lama menghantui ramai orang kita sejak bertahun dulu.
Tapi tak sangka, ada juga oppa di Korea yang sebenarnya reti cakap bahasa ibunda kita, walaupun tak fasih. Hakikat bahawa semakin ramai orang Malaysia yang melancong ke sana mungkin 'memaksa' mereka untuk belajar serba sedikit tentang bahasa kita bagi memudahkan komunikasi.
Seorang pengguna Twitter, @aqibsyhr semalam telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang peniaga tepi jalan di Seoul yang begitu ligat berbahasa Melayu dengannya
Peniaga pencuci mulut tersebut yang merupakan seorang oppa bukan sekadar tahu bertutur malah turut fasih dalam pengiraan Matematik. Setiap angka dan congakan yang keluar dari mulutnya memang tepat dan tak ada salah langsung.
Lebih menarik, oppa ini sempat juga berseloroh dengan frasa 'Malu Apa Bossku' dan 'Rambut Rosmah'. Jelas sekali dia memang tahu banyak tentang Malaysia!
Video berkenaan telah mendapat 24,000++ retweets and 17,000++ likes ketika artikel ini ditulis. Lihat di bawah:
Rata-rata netizen nampaknya begitu kagum dan terhibur melihat telatah oppa ini berbahasa Melayu. Ada juga yang memuji kecomelannya.
Selepas video ini tular, rupa-rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang telah bertemu dengan oppa ini ketika mereka melancong ke Korea
Masing-masing berasa teruja dan berkongsikan gambar serta video kenangan mereka bersama beliau. Famous rupanya oppa ni!