seismik

Ustaz Di Indonesia Dakwa 'Korean Heart Shape' Itu Sebenarnya Salib Kristian

Entahlah. ¯\\_(ツ)_//¯

Cover image via Instagram @dahyun.twice | Facebook

Rata-rata peminat K-Pop pastinya sudah sebati dengan simbol 'finger heart shape' ini, bukan?

Hampir setiap idola K-Pop menjadikan 'finger heart shape' sebagai tanda cinta dan penghargaan kepada peminat-peminat mereka.

Disebabkan itu, simbol jari yang membentuk hati ini terus berleluasa dan kini menjadi ikutan orang ramai di setiap pelosok dunia.

Namun begitu, baru-baru ini seorang ustaz di Indonesia mendakwa simbol itu sebenarnya membawa maksud salib Kristian

Image via Facebook

Ustaz tersebut berkata demikian menerusi satu status di Facebook yang berbunyi:

"Ini bukan cinta saudaraku, katanya ini salib. Berhati-hatilah pada zaman sekarang ini, dan sampaikan pesanan ini kepada saudara-saudara Islam yang lain."

Status tersebut bagaimanapun telah dipadam.

Netizen yang 'triggered' dengan isu ini melontarkan rasa tidak puas hati, dan pada masa yang sama sempat juga memberi komen sarkastik

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Image via Facebook
Image via Facebook

Kami yakin masih ramai lagi yang tidak tahu maksud sebenar simbol jari ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang Korea...

Kerja di Korea gaji RM11k?

You may be interested in: