seismik

Lupakan K-Pop, Penjaga Gol Korea Selatan Jo Hyeon Woo Kini Jadi Hero Sanjungan Dunia

Populariti mencanak naik selepas persembahan memukau menentang Jerman.

Cover image via Zimbio

Siapa sangka Jerman akan "bungkus" awal

Semalam, peminat bola sepak menyaksikan satu kejutan terbesar dalam Piala Dunia FIFA 2018 apabila pasukan kegemaran, Jerman "bungkus" awal daripada kejohanan.

Pasukan Jerman tersingkir setelah tewas 0-2 ke tangan pasukan Korea Selatan, hasil jaringan Kim Young Gwon pada minit ke-92 dan Son Heung Min pada minit ke-96.

Image via Sports Net

Keputusan itu sekali gus meletakkan pasukan Jerman di tangga tercorot kumpulan F

Image via FIFA

Kempen Piala Dunia kali ini merupakan yang terburuk buat Jerman. Pasukan berbakat yang dibarisi oleh ramai pemain ternama itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam tiga perlawanan, dan mengutip hanya tiga mata daripada sembilan.

Jerman juga mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya tewas dua kali dalam tiga perlawanan pertama, dan pertama kali tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia pada peringkat kumpulan sejak 1938.

Image via Getty Images
Image via The Big Lead

Setiap pemain Korea Selatan memainkan peranan penting dalam mengekang kemaraan Jerman.

Namun, pemain yang paling menonjol dan disebut-sebut adalah penjaga gol, Jo Hyeon Woo.

Persembahan heroic dari Jo Hyeon Woo menjadi buah mulut orang ramai apabila penjaga gol itu berjaya menghalang asakan demi asakan dari pasukan Jerman.

Yang paling diingati tentunya aksi terbang beliau menepis bola tandukan Leon Goretzka pada minit ke-48 yang dianggap sebagai 'save of the day'. Lihat di bawah:

Image via FIFA
Image via FOX Sports

Jo Hyeon Woo sekali gus dinobat sebagai 'Man of The Match' bagi perlawanan tersebut.


Bukan setakat menentang Jerman, beliau turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam dua perlawanan Korea Selatan sebelum ini ketika menentang Sweden dan Mexico, walaupun pasukannya tewas.

Menariknya tentang Jo Hyeon Woo, beliau sebenarnya adalah penjaga gol pilihan ketiga untuk pasukan Korea Selatan

Sebelum bermulanya Piala Dunia 2018, Jo Hyeon Woo, 26, merupakan penjaga gol pilihan ketiga di belakang Kim Seung Gyu dan Kim Jin Hyeon.

Tamat Piala Dunia, beliau kini dijulang sebagai wira kebangsaan.

Image via Zimbio

Jo, yang bermain untuk Daegu FC di Liga Perdana K-1, sebelum ini hanya membuat enam penampilan sahaja untuk Korea Selatan.

Walaupun kurang berpengalaman dan beraksi dalam Piala Dunia pertamanya, beliau tidak tertekan dan hanya ingin menikmati kejohanan.

"Saya mula bermain bola sepak selepas menonton Piala Dunia," kata Jo kepada wartawan Korea.

"Di mana saya berada sekarang mungkin menjadi impian orang lain. Tentunya, tekanan dan debaran itu sentiasa ada, tetapi jika saya meletakkannya di belakang dan menikmati kejohanan, mungkin kita akan lihat hasil yang menakjubkan."

Image via FIFA

Di negaranya, Jo Hyeon Woo terkenal dengan gelaran "Dae Gea," yang menggabungkan nama kelabnya Daegu, dan nama penjaga gol bintang Sepanyol, David De Gea.

Kemenangan Korea Selatan ke atas Jerman telah menyelamatkan pasukan Mexico daripada tersingkir.

Kini, rakyat Mexico mungkin memandang Jo Hyeon Woo seperti ini:

Image via Twitter

Dan tak semena-mena, rakyat Korea yang berada di Mexico turut sama dijulang oleh penduduk di sana bagi meraikan kejayaan bersama




Nak dijadikan cerita, juara bertahan Piala Dunia dilihat seakan-akan terkena satu sumpahan.

Dan sumpahan ini berterusan dan telah berulang buat kali keempat, dan kali ketiga berturut-turut.

Image via Twitter

Part of a trend but definitely not part of the plan.

Juara bertahan sebelum ini, Itali dan Sepanyol turut menerima nasib yang sama pada kejohanan Piala Dunia seterusnya.

Okay, jom lihat dua gol Korea Selatan menentang Jerman yang diulas oleh komentator rakyat Korea. Best gila!


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tentang Piala Dunia 2018:

You may be interested in: