647 Sekolah Di Serian, Sarawak Kini Ditutup & Diisytihar Darurat Bencana Akibat Jerebu

Penutupan sementara itu membabitkan 563 sekolah rendah dan 84 sekolah menengah di Serian, Sarawak dari 7 hingga 11 September ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 647 sekolah di Sarawak akan ditutup sementara dari 7 hingga 11 September ini susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan negeri

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli, berkata penutupan itu membabitkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid serta 84 sekolah menengah melibatkan 90,082 murid di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sepanjang cuti persekolahan serta laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

SAYS.com

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli

Image via Utusan Sarawak

"Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

"Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah yang terjejas oleh fenomena jerebu,"
katanya.

Agong isytihar darurat di Bahagian Serian, Sarawak

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan terbabit.

"Langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas," kata kenyataan itu.

SAYS.com

IPU di Serian, Sarawak, lepasi paras berbahaya hari ini berikutan jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Image via Bernama

Kenyataan itu berkata, kerajaan juga akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksanakan segera.

Katanya, tindakan itu termasuk langkah mitigasi dan penyampaian maklumat serta nasihat kesihatan kepada orang ramai.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai," katanya.

SAYS.com
Image via Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Facebook)
SAYS.com
Image via Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik