Pemeriksaan Kesihatan Percuma Untuk Rakyat Malaysia Pada 5 & 6 September Ini

Inisiatif ini adalah bersempena kempen "Malaysia, Jom Check!".

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), tawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada rakyat Malaysia yang layak menerusi Program Peka B40 2026

Menerusi laporan Bernama, ProtectHealth memaklumkan program saringan kesihatan komuniti di seluruh negara pada 5 dan 6 September itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia memeriksa status kesihatan mereka.

Program PeKa B40 2026 juga pula dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan masalah tekanan darah tinggi, diabetes dan kolesterol pada peringkat awal sebelum menjadi lebih serius.

"Antara pemeriksaan yang akan disediakan ialah mengukur tekanan darah, ketinggian dan berat badan, pengambilan sampel darah serta konsultasi bersama doktor.

"Program ini digalakkan terutamanya kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang berumur 40 tahun dan ke atas atau pasangan berdaftar kepada penerima STR yang berumur 40 tahun dan ke atas namun penerima Peka B40 secara automatik layak untuk hadir ke program ini," menurut ProtectHealth.

Program yang bakal diadakan di lokasi terpilih seluruh negara

Ia akan melibatkan kawasan di negeri Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Sarawak.

Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan (MyKad) sebagai langkah mudah untuk membuat semakan kelayakan, dan tiada pendaftaran atau puasa diperlukan sebelum hadir membuat saringan.

Rakyat Malaysia yang tidak pasti sama ada mereka layak atau tidak mengikuti program tersebut dinasihatkan melayari https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan Malaysia, Jom Check! x Peka B40 2026, orang ramai boleh hubungi e-mel [email protected] melalui atau layari www.pekab40.com.my.

SAYS.com
Image via ProtectHealth Corporation

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik