LEGO & PlayStation Berkolaborasi Keluarkan Set Nostalgia Permainan Konsol PS1
Set tersebut adalah replika mengikut saiz PS1.
Cover image via LEGOFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sony dan LEGO Group berkolaborasi keluarkan replika konsol PlayStation pertama menghampiri skala 1:1.
Berukuran 26cm lebar apabila dipasang sepenuhnya, set ini menggambarkan intipati permainan konsol retro berkenaan dengan sempurna.
Set interaktif ini dipenuhi dengan ciri-ciri asal PS1 yang menarik membawa orang ramai mengimbau kembali asal usul permainan konsol terbabit.


Direka bentuk dengan bersama pencipta PlayStation, binaan ini menampilkan ciri membolehkan controller dapat disambungkan pada blok konsol utama
Istimewa untuk pembeli yang pernah memiliki permainan konsol tersebut, replika ini merangkumi butang Power dan Open yang berfungsi, butiran klasik tersembunyi dan dua diorama permainan video yang boleh ditanggalkan.
Ia berbentuk sebuah Trek Gran Turismo mini lengkap dengan kereta mini, manakala sebuah lagi ialah dalam bentuk pulau Ape Escape yang menampilkan lampu biru atau merah yang boleh ditukar ganti pada topi keledar monyet.
Set ini akan dilancarkan di laman rasmi PlayStation dan LEGO masing-masing pada 1 Oktober dan 4 Oktober. Nilai pasaran diletakkan pada harga USD179.99 (RM728).


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


