Lebuh Raya KESAS Dilitupi ‘Salji’ Terjawab, Sisa Sabun Tumpah Jadi Punca

Sebelum ini tular di media sosial klip-klip kejadian dimuat naik orang ramai.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permukaan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dilihat seperti dilitupi 'salji' selepas hujan lebat menyebabkan sisa sabun daripada muatan lori yang tertumpah pada 24 Ogos lalu mengeluarkan buih

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata ia membabitkan jalan di Kilometer (KM) 30.0 hingga KM30.5 dari arah Klang menghala ke Kuala Lumpur pada 3.10 petang semalam.

"Ketika kejadian tumpahan itu, pihak bomba mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi.

"Bagaimanapun akibat hujan lebat hari ini, sisa tumpahan sabun itu mengeluarkan buih sepanjang kira-kira 500 meter," katanya.

SAYS.com
Image via LLM

Klip-klip orang ramai berseloroh lebuh raya dilitupi salji tular di media sosial

Terdahulu, gambar dan video memaparkan laluan berkenaan dipenuhi cecair berwarna putih yang turut kelihatan seolah-olah salji tular di media sosial yang menarik perhatian orang ramai.

Keadaan itu turut menyebabkan aliran trafik di lokasi perlahan dan mengalami kesesakan pada 4.27 petang semalam.

Sarudin berkata, pihak konsesi lebuh raya mengambil inisiatif menjalankan kerja-kerja pembersihan kali kedua bagi menangani sisa tumpahan berkenaan, selesai pada jam 4.58 petang.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik