Ibu Mentua Kejar Lori Milo Gara-Gara Menantu Mengandung Mengidam Minum Milo Lori Bancuh!
Cute je kisah ini.
Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa bagi ibu-ibu yang sedang hamil
Image via Orami
Bahkan dikatakan seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom "mengidam" ini. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak kerap terjadi dalam kalangan wanita mengandung. Namun begitu, kadang-kadang makanan yang diidamkan ini adalah sesuatu yang bukan kebiasaan, malah ada di antaranya sangat ganjil dan sukar didapati.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang suami yang penyayang, pasti akan lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati isterinya dengan bersungguh-sungguh mendapatkan makanan yang diidamkannya itu.
Baru-baru ini, viral sebuah video di laman sosial tentang seorang wanita yang sedang mengandung mengidam nak minum air milo
Image via Nikkei Asia Review
Air milo bukan sebarang air milo tapi specific air milo yang dibancuh dalam lori milo tu!
Ala, air milo yang selalu kita minum waktu lori milo datang ke sekolah zaman muda-mudi dulu. Air milo yang dibancuh lori milo memang rasanya lain daripada yang lain. Nak dapat rasa yang sama bila order di kedai mamak pun tak sama, apatah lagi air milo yang dibancuh sendiri. Memang rasanya jauh sekali tak sama!
Image via Blog SJKC Chung Hien
Maka, tidak hairanlah kalau ada yang siap mengidam nak minum air milo dibancuh lori milo. Orang biasa pun boleh mengidam air itu, apatah lagi ibu yang sedang mengandung.
Yang menariknya tentang video itu ialah... menantu yang mengidam, tapi mentua yang sibuk kejar lori milo itu!
Video viral itu sebenarnya telah dikongsikan suami kepada wanita mengandung tersebut, merangkap anak kepada pasangan suami isteri yang mengejar lori milo itu.
Pengguna Twitter @AzmerMerzam telah berkongsikan kisah ibu dan bapanya yang sanggup menahan lori milo semata-mata ingin menunaikan permintaan menantu mereka yang sedang mengidam.
Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa walaupun mereka berjaya menahan lori milo itu, namun isterinya tetap tidak berkesempatan melepaskan giannya ekoran air milo belum dibancuh lagi.
Namun begitu, mujur abang lori itu sempat memberi cadangan lokasi yang mana mereka boleh mendapatkan air milo fresh dari lori.
Menurut Azmer lagi, isterinya sebenarnya sudah 2 bulan mengidam untuk meminum air milo bancuhan lori milo namun masih belum berkesempatan meskipun usia kandungan sudah mencecah 8 bulan.
Image via Twitter @AzmerMerzam
Lanjutan tularnya video itu, rata-rata memuji sikap ibu dan bapa mentua wanita berkenaan
Image via Twitter @AzmerMerzam
Comel je perkongsian ini.
Semoga mereka dapat juga minum milo bancuhan lori!
Wanita ini pula mengidam nak makan nasi lemak AirAsia!
Leave a comment