Imran Bard Dikecam Gara-Gara Susukan Anak Babi Ketika Bercuti Di Thailand
Perkongsian itu meraih perhatian ramai warganet yang turut mempersoalkan tindakannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh media sosial, Imran Bard menerima kritikan dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi foto menunjukkan dirinya sedang menyusukan beberapa ekor anak babi
Menerusi posting yang dimuat naiknya di Instagram, Imran atau nama penuhnya, Muhammad Al Imran Badaruddin kelihatan memakai baju t-shirt berwarna hitam yang dipadankan dengan jeans berwarna hijau sambil menyusukan beberapa ekor anak babi di sebuah kawasan di Thailand.
Dengan kapsyen 'Cute Thai' bersama emoji haiwan babi pada posting tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada para pengikutnya.
Image via @imranbard (Instagram)
"Malulah kat orang luar tengok orang islam Malaysia kolot gila. Islam tak ajar pun untuk tak berbuat baik pada binatang" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah pun meraih lebih 56K likes dan hampir 700 comments daripada orang ramai.
Rata-rata pengikutnya mengecam dan mempersoalkan tindakan Imran Bard yang memuat naik foto tersebut hingga mengundang pelbagai fitnah.
"Islam mengharamkan perbuatan fitnah, namun dalam masa sama seseorang itu wajib mengelakkan diri daripada membuka ruang untuk difitnah," komen seorang netizen.
"Demi mengejar followers... Banyak-banyak binatang, kenapa binatang tu yang dia pilih... walaupun dia tak pegang," tulis seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang 'menghalalkan' perbuatan Imran Bard dengan mengatakan setiap orang Muslim sebenarnya perlu berbuat baik kepada semua binatang termasuklah babi.
"Malaysia haram cuma pada babi. Yang lain tidak. Lemah. Boleh tak fikir doktor veterinar Islam nak selamatkan babi macam mana? Dia pegang je nanti samak lah. Bukan makan. Hehhhh," ujar seorang netizen.
"Yang haram tu pegang and makan babi, btw babi tu haiwan Allah cipta juga eh. Kenapa dengan korang ni? Babi ni kt mana-mana pun ada and asal pula nak persoalkan like dia buka ruang fitnah?," kata seorang lagi netizen.
Tonton juga video yang dimuat naik oleh Imran Bard di IG Storynya di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment