Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Kecewa Majikan Cakap Tak Ada Kuota Lepas Hadir Temu Duga Di Syarikat Singapura

Bazir masa, tenaga dan duit. Bukan murah beli tiket flight!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat kerja di syarikat Singapura menjadi impian kepada sebahagian rakyat Malaysia

Salah satu faktornya adalah nilai mata wang tinggi menyebabkan orang ramai suka mencari pekerjaan di negara jiran. 

Namun, pencarian kerja bukanlah semudah itu. Baru-baru ini, tular seorang individu berkongsi kisah rakannya yang pergi ke temu duga di syarikat Singapura. 

Difahamkan, rakannya itu telah mendapat tawaran temu duga oleh syarikat di Singapura. Apabila ditanya bentuk temu duga, syarikat itu mahu dirinya hadir secara fizikal. 

Image via googleapis.com

Segala usahanya musnah apabila tawaran ditolak oleh majikan

Selepas menghadiri temu duga di Singapura, majikan itu memberitahu yang mereka tidak mempunyai kuota untuk mengupah pekerja warganegara Malaysia. 

Rakannya sangat kecewa disebabkan dia telah membazir masa, tenaga dan duit untuk hadir temu duga tersebut. 

"Majikan tak interview saya pun, apa yang dia cakap adalah tak ada kuota." tulisnya. 

Syarikat itu dilihat tidak beretika dan profesional dalam proses pengambilan pekerja. Malah, mereka juga mempunyai isu dalaman. 

Image via googleapis.com

Individu tersebut berkeras meminta pampasan tiket penerbangan

Disebabkan individu yang hadir temu duga itu telah membelanjakan sejumlah wang yang besar, dia meminta pampasan daripada syarikat itu.

Sehingga kini, syarikat itu tidak memberikan sebarang respon. 

Image via googleapis.com

Menerusi posting tersebut, individu berharap agar syarikat di mana-mana pun tidak melakukan perkara seperti ini kepada job seekers di luar sana. 

Difahamkan, individu itu juga tidak mahu mendedahkan nama syarikat tersebut dan mempertimbangkan untuk melaporkan kes ini kepada kementerian sumber manusia di Singapura. 

Lihat posting itu di bawah:

Image via LinkedIn

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment