seismik

[VIDEO] Chef Dedah Rutin Masak, Ramai Pula Persoal Masak Dalam Kuali Atau Singki

Realiti seorang chef nak masak dalam kuantiti banyak.

Cover image via @hasifiothman (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Profesion sebagai chef tidak dinafikan juga menggalas tanggungjawab yang besar

Selain menyediakan makanan untuk orang ramai, mereka juga perlu memastikan makanan itu sedap, bersih dan berkualiti. Hal ini dapat mengelakkan orang ramai yang makan mengalami keracunan makanan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang chef menyediakan makanan untuk jemputan open house. 

Chef itu dilihat memasak menu bihun goreng di sebuah kuali yang menyerupai singki. Dia dilihat menuangkan minyak dan menumis bahan-bahan di dalam singki tersebut. 

Rupa-rupanya itu cara memasak untuk kuantiti yang banyak

Chef itu mendedahkan rutin hariannya memasak untuk orang ramai. Rupa-rupanya kuali yang digunakan itu bukanlah singki, ia memang satu peralatan memasak untuk masakan yang banyak dinamakan tilting pan. 

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing dalam ruangan komen

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru tahu kewujudan tilting pan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: