seismik

Raih Hasil RM14K Sebulan Hanya Jual Nasi Kukus Harga RM5 Guna 'Vending Machine'

Difahamkan, semua makanan yang dijual pada harga RM2 hingga RM5.

Cover image via BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang peniaga nasi kukus tak sangka akan meraih sehingga RM14,000 sebulan dalam perniagaannya

Menurut sumber, Mohd Helmi Shahuddin, 47, pernah dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu. Bapa empat anak perempuan itu sebelum ini hanya berniaga di tepi jalan dengan membuka gerai di Puncak Alam.

Kadangkala ada makanan yang tidak habis dijual disebabkan cuaca. Kadang juga dia perlu menutup kedai kerana perlu menjaga dan menghantar anak OKUnya berjumpa dengan doktor.

"Saya juga mempunyai anak OKU berusia sembilan tahun yang masih memerlukan perhatian dan jagaan penuh. Jika ada janji temu dengan doktor, memang saya dan isteri tak boleh berniaga, jadi tidak adalah pendapatan untuk kami pada hari itu," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Salehuddin Klewan (Hulu Langat)

Bersyukur sebab sertai program IPR kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang diperkenalkan kerajaan MADANI

Lelaki tersebut dan isterinya mula mengusahakan perniagaan makanan dari mesin layan diri (vending machine) di Kolej Angsana 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) kampus Puncak Alam.

Antara makanan dijual di dalam vending machine ialah nasi lemak ayam goreng, nasi lemak pandan, roti kebab daging, roti sosej gulung, set bebola daging, 'popcorn' ayam dan nasi ayam pedas, yang dimasak sendiri oleh mereka berdua.

Makanan dijual pada harga RM2 hingga RM5. Menu juga akan ditukar setiap enam jam dalam sehari untuk menjaga kualiti makanan.

"Ini bermakna program IPR bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan malah memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga berpatutan dan murah," kata Mohd Hermi sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan inisiatif yang menguntungkan rakyat.

Image via BERNAMA

"Kursus ini merangkumi pertama, modul wajib dengan semua peserta perlu menyertai kursus literasi kewangan dan modul kedua, peserta diberi empat pilihan sama ada mengambil bahagian dalam kursus bantuan makanan, kursus pertanian, kursus perikanan atau kursus transformasi minda," katanya.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli telah melancarkan program mesin layan diri IPR. Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: