Pusat Kargo KLIA Terima Ancaman Bom - "Awas Jangan Campak, Nanti Meletup"
Difahamkan, bungkusan itu dialamatkan kepada individu di Limbang, Sarawak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pusat Kargo KLIA di Sepang semalam (25 April) digemparkan dengan berita didakwa terdapat sebuah bungkusan yang berisi bom
Semasa bungkusan itu diimbas di Pusat Kargo KLIA, ada ayat 'Awas jangan campak nanti meletup, ini bom'.
Terdapat bahan seperti bateri dan wayar dalam bungkusan berkenaan. Susulan itu, pengendali mesin imbas membuat laporan di Balai Polis Aeropolis.
Pasukan polis segera membuat pengesanan
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, sepasukan polis dihantar ke lokasi sebaik menerima laporan itu dan tindakan pengesanan unit anjing pengesan (K9) dilakukan.
"Hasilnya didapati negatif bahan letupan, namun terdapat ayat ancaman pada bungkusan berkenaan dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Tembakan menggunakan 'pigstick' yang dipasang pada alat robotik bagaimanapun tiada letupan berlaku.
Bungkusan komputer dan pengecas itu dialamatkan kepada individu di Limbang, Sarawak. Pihak penghantar juga mengesahkan barangan merupakan komputer riba.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!