Cacing Parasit Ini Ditemui Dalam Tin Sardin Yang Diimport Dari Singapura
Bahaya ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada 27 Mac yang lalu, satu penemuan tin sardin import yang mengandungi cacing parasit jenis 'Anisakis spp' dijumpai di checkpoint Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
Makanan yang mengandungi cacing tersebut boleh menyebabkan sakit perut yang teruk, mual dan muntah.
Oleh sebab itu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor telah merampas 16,320kg tin sardin yang bernilai kira-kira RM84,000.
Sitaan berlaku selepas lori yang mengangkut barang tersebut gagal mengemukakan permit import yang diperlukan.
Tin sardin tersebut pada asalnya dari China dan dimport oleh Singapura
Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof, mendedahkan bahawa sampel sardin telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk diuji.
"Pemeriksaan fizikal awal menunjukkan ada bahan asing dalam sardin, kemudian kami tegas untuk menjalankan analisis lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kawalan dan Pemeriksaan Kuarantin Malaysia 2011 [Akta 728], yang melarang import barang yang mengandungi serangga, penyakit, atau pencemar.
Pelaku boleh dikenakan denda berat sehingga RM100,000, hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!