Ingat Nama Penuh Nabila, Sekali Rakan Pun Terkejut Tengok Nama Sebenar Dekat Lesen Memandu
Berbelit lidah menyebut.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu ibu bapa menamakan kita dengan maksud yang baik kerana sesetengahnya mempunyai maksud tertentu
Pelbagai jenis nama sekarang kita boleh lihat di dunia ini. Malah, ada juga yang kita sendiri pelik mengapa mereka menamakan anak mereka sebegitu. Ada juga nama yang sangat sedap tetapi amatlah panjang.
Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis memaparkan nama penuh rakannya mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Rakan sendiri terkejut bila tahu nama sebenar
Menerusi posting tersebut, seorang gadis telah berkongsi nama unik rakannya. Dia memberitahu yang dia selama ini memanggil rakannya itu dengan nama Belle kerana memikirkan nama penuhnya mungkin adalah Nabila.
Malah, dia sendiri terkejut selepas mendapat tahu nama penuh rakannya itu bukanlah Nabila seperti yang disangkakan. Rupa-rupanya, nama penuh gadis itu adalah Badjie Xatieqoutieqc Binti Ibadallah.
Perkara itu membuatkan dia sendiri tidak dapat menyebutnya dengan tepat kerana nama rakannya itu sangat unik. Dia kemudian meminta rakannya itu memberitahu bagaimana cara menyebut dengan betul namanya itu.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Husband tak perlu risau sangat. Kena risau kat tok kadi yang nak baca nama dia tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang turut berkongsi nama-nama unik rakan mereka. Malah, ada yang berpendapat kerisauan mungkin berlaku kepada tok kadi yang akan membaca namanya itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 14.8K retweets, 2,007 quotes tweets dan 24.2K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Susah juga nak sebut, apa-apa pun memang unik nama dia :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment