“Ingat Sengaja Kepit Suara” - Rupa-Rupanya Lelaki Memang Miliki Suara Persis Wanita
Unik betul!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang mempunyai keunikan dan identiti masing-masing
Ada yang berbadan tinggi, ada juga yang memiliki rupa yang cantik dan sebagainya. Cantik itu sangat subjektif dan terpulang kepada individu masing-masing bagaimana hendak definisikan cantik itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki miliki suara lembut.
Image via @leajulihi (TikTok)
Mula-mula terkejut dengan suara kecilnya
Menerusi video live bersama Acap, lelaki yang bernama Prasant berbual dan sembang-sembang dalam video itu.
Dapat didengar suaranya agak lembut dan unik. Pada awalnya, ramai yang menyangka suara itu dimiliki oleh wanita, rupa-rupanya bukan.
Menurut sumber, Prasant mengaku suara itu adalah suara sebenarnya dan bukan dibuat-buat.
"Saya lelaki dan bukan wanita walaupun suara saya sering dikatakan seperti orang perempuan tetapi suara ini bukan dibuat-buat sebaliknya ia memang suara asli saya.
"Saya tak kepit suara atau guna aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan ini memang suara asli sejak dahulu dan saya rasa suara ini biasa saja walaupun 'soft' (lembut).
"Keluarga dan rakan juga mengakui perkara sama mungkin orang yang pertama kali dengar saja akan anggap suara saya seperti perempuan. Saya tetap lelaki dan mempunyai naluri seorang lelaki normal." katanya.
Prasant juga telah lali dengan orang yang sentiasa memanggil dia kak dalam panggilan telefon.
Image via Harian Metro
Inilah yang dikatakan unik. Setiap orang ada identiti masing-masing!
Lihat video penuh itu di bawah:
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment