"Jangan Takut Untuk Beri Bantuan Kecemasan" - Nasihat Doktor Lepas Pemain Badminton Maut
Cuba sedaya upaya untuk beri bantuan, jangan diam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan berita pemain badminton China yang tiba-tiba maut semasa perlawanan badminton
Kes itu difahamkan adalah disebabkan serangan jantung semasa perlawanan badminton. Pemain yang berasal dari China itu dilihat kejang sebelum rebah dan kaku.
Sehubungan itu, Dr Malar tampil membuat video untuk mendidik orang ramai supaya tidak takut untuk berikan bantuan.
Nasihat orang ramai untuk berikan bantuan kecemasan dengan cepat
Menerusi video berkenaan, kelihatan Dr Malar sedang menjelaskan bagaimana pemain badminton itu boleh jadi begitu.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak takut memberikan bantuan kecemasan. Kalau boleh, kena berikan CPR dengan secepat mungkin selepas dah meminta bantuan atau menjerit kepada petugas kesihatan untuk bawa AED.
Rawatan yang betul, cepat dan tepat perlu diberikan kepada mangsa. Perkara ini akan membenarkan jantung masuk ke fasa tiada nadi.
Jangan sesekali menunggu dan tak tahu nak buat apa. Kita tidak akan dikenakan saman kalau salah buat CPR dan sebagainya.
"Kita yang dihadirkan sebelah mangsa pada ketika itu, yang diberi ujian sebab nak dilihat sama ada kita akan tengok buat tak tahu, atau berada dalam ketakutan atau jalankan tanggungjawab kita." katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!