"Ingatkan Luar Negara" - Rupa-Rupanya Dekat Je, Jom Kunjungi Tarikan Terbaru PD Maze Ini!
Sambil cari jalan keluar boleh berhenti untuk OOTD. Ha gitu.
Psstt! Korang tahu tak, sekarang dah ada tempat tarikan baru dekat Port Dickson. Macam luar negara tau!
Image via GIPHY
Taman maze terbesar di Malaysia kini dibuka, pelbagai hotspot menarik untuk mengambil gambar
PD Maze adalah tempat tarikan baru yang terletak di Dataran Segar, Port Dickson. Baru-baru ini, ia telah dibuka kepada orang ramai pada 31 Ogos 2022.
Taman maze ini boleh menjadi salah satu tempat untuk dikunjungi apabila anda bercuti di Port Dickson.
Untuk pengetahuan anda, saiz keluasannya adalah 4000 meter persegi dan laluannya pula sepanjang 1300 meter. Besar kan?
Image via PD Maze (Facebook)
Image via PD Maze (Facebook)
Anda juga boleh menemui banyak arca dan karya seni yang cantik sambil meneroka taman maze ini
Daripada arca ilusi yang nampak seperti 'menghilang' kepada seni perspektif, terdapat banyak tempat Instagrammable di taman maze ini. Malah, terdapat pemasangan ilusi rumah yang kelihatan berbeza dari setiap sudut.
Image via PD Maze (Facebook)
Image via PD Maze (Facebook)
Image via PD Maze (Facebook)
Image via PD Maze (Facebook)
Image via PD Maze (Facebook)
PD Maze turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda
Ia menyediakan tempat letak kereta yang luas dan bilik mandi awam. Terdapat juga meja tempat duduk di luar taman maze ini supaya anda boleh bersantai sambil menunggu ahli keluarga atau rakan anda keluar.
Selain itu, payung ada disediakan sekiranya cuaca terlalu panas atau hujan untuk memudahkan anda menerokai seluruh taman maze ini.
Berikut di bawah adalah maklumat lanjut tentang PD Maze:
Kalau ada dekat area PD tu baik korang pergi serbu tempat ni untuk bergambar puas-puas okay! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment