7 Staycation Warna-Warni & Instagrammable Di Malaysia Yang Wajib Anda Pergi. Let's OOTD!
Lagi best kalau bawa anak-anak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi kaki travel, anda pasti tahu beberapa destinasi pelancongan dan kawasan penginapan berwarna-warni yang semakin banyak di Malaysia bukan?
Sebagai contoh, ada rumah-rumah di kampung yang dicat dengan pelbagai warna terang sekali gus menarik pelancong untuk berkunjung dan bercuti ke lokasi tersebut.
Tambahan pula dengan kuasa viral dalam kalangan warganet sekarang, sudah tentu ia dapat menaikkan lagi nama sesebuah penginapan itu dengan cepat.
Bahkan, pastinya feed media sosial anda terutamanya Instagram akan kelihatan sangat cantik apabila bergambar di lokasi yang colourful ini.
Jom kita tengok antara tujuh staycation warna-warni yang popular dalam Malaysia di bawah:
1. Tubotel Langkawi
Alamat: Tubotel Langkawi, Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang
Nombor telefon: 014-240 7022
Kemudahan: Wi-Fi percuma, breakfast percuma, air-conditioned, beach access, kid-friendly, restoran.
2. Padi Box Sekinchan
Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor telefon: 019-320 5688
Kemudahan: Wi-Fi percuma, air-conditioned, kid-friendly.
3. Masbro Village
Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450, Melaka
Nombor telefon: 013-313 6872
Kemudahan: Parking, outdoor pool, air-conditioned.
4. Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)
Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor
Nombor telefon: 019-481 4845
Kemudahan: Kolam mandi, air-conditioned, dapur.
5. Kapsul Penginapan Pusat Rekreasi Balok, Kuantan
Alamat: Pantai Balok Kuantan, Pahang
Nombor telefon: 019-912 3563
Kemudahan: Beach access, air-conditioned.
6. D' La Sri Cottage, Kundasang
Alamat: D' La Sri Cottage - Asia Camp, Kundasang, 89308 Kundasang, Sabah
Nombor telefon: 014-310 0014
Kemudahan: Wi-Fi percuma, dapur, restoran, parking.
7. Cottage Homes PD
Alamat: N166, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Nombor telefon: 011-1149 5235
Kemudahan: Kolam mandi, dapur, berdekatan Pantai Teluk Kemang.
Tunggu apa lagi? Kalau korang teringin nak bercuti dekat staycation yang colourful, jangan lupa check it out semua tempat ni okay :)