seismik

"Jom Kayuh!" - Selain Taman Botani Perdana, Ini 7 Port Cycling Menarik Untuk Anda Explore

Aktiviti hujung minggu yang sesuai untuk seisi keluarga.

Cover image via Discovery Park , Free Malaysia Today , Net Onboard

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi mingguan mereka

Tidak kiralah berbasikal seorang diri, bersama keluarga mahu pun kawan-kawan, ia sememangnya menjadi salah satu aktiviti riadah yang paling seronok dilakukan di waktu pagi dan petang.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak taman rekreasi di sekitar Lembah Klang yang mempunyai trek berbasikal serta pemandangan menarik untuk di-explore.

Apa kata anda lihat antara 7 port berbasikal menarik di bawah. Mana tahu minggu depan boleh cuba berbasikal di tempat baru pula kan?

1. Discovery Park @ Gamuda Cove

Image via Discovery Park

Gamuda Cove merupakan tempat rekreasi baru yang mempunyai pelbagai tarikan istimewa buat pengunjung. Dari laluan mesra masuk ke Paya Indah Discovery Wetlands, terdapat laluan berbasikal interaktif yang menarik untuk anda seisi keluarga beriadah.

2. Taman Metropolitan Kepong

Taman rekreasi ini adalah salah satu tempat berbasikal terbesar di tengah-tengah Kuala Lumpur. Laluan sejauh 3 kilometer menjadikannya trek sempurna bagi pencinta basikal. Anda juga boleh menyewa basikal di sini jika tidak membawa dari rumah.

3. Taman Bukit Kiara

Jika anda sukakan trek yang sedikit curam dan mencabar, inilah tempat yang sesuai buat anda. Taman Bukit Kiara terletak di kawasan kejiranan TTDI Kuala Lumpur. Walaupun terdapat laluan yang curam, jalannya sudah diturap dengan baik. Jangan risau ya!

4. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa merupakan tempat riadah pilihan ramai di sekitar Lembah Klang. Yang paling best, anda dapat menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur. Sambil-sambil kayuh tu boleh lah anda berhenti untuk mengambil gambar.

5. Desa Park City

Desa Park City adalah salah satu tempat berbasikal yang terkenal di Kuala Lumpur dengan pemandangan yang menakjubkan. Anda boleh berbasikal di sekitar tasik buatan manusia sambil menikmati angin di tepi tasik yang menyegarkan minda.

6. Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya bukan saja dipelihara dengan baik, malah ia juga adalah tempat riadah yang sangat sesuai buat anda dan kawan-kawan serta keluarga kerana kawasan yang luas dan selesa. Tenang je nak cycling.

7. Taman Botani Negara Shah Alam

Fun facts buat anda yang belum tahu, Taman Botani Negara Shah Alam ini merupakan taman rekreasi terbesar di Malaysia. Tetapi, anda perlu berhati-hati jika membawa anak kecil kerana laluannya agak berbukit.

Aktiviti berbasikal sememangnya seronok untuk dilakukan, tapi jangan lupa jaga keselamatan dan pakai pakaian yang sesuai ya. Happy cycling!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: