Sukakan Aktiviti Lasak & Mencabar? Anda Kena Cuba 5 Lokasi Water Rafting Di Malaysia Ini
Tapi pastikan pergi pada musim yang sesuai ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebut saja water rafting, pasti anda sudah terbayang air sungai yang deras dan jeritan teruja sesiapa saja yang bermain sukan itu bukan?
Seronok bila sekali-sekala dapat meluangkan masa di hujung minggu bersama kawan-kawan dengan melakukan aktiviti lasak seperti water rafting ini.
Bagi anda yang belum pernah mencubanya, apa kata nanti join kawan-kawan atau keluarga untuk merasakan keseronokan itu.
Haa, alang-alang dah buka cerita pasal water rafting ni, apa kata kita sama-sama explore lima lokasi paling best yang menjadi tumpuan orang bermain aktiviti itu.
1. Whitewater Rafting Kuala Kubu Bharu, Selangor
Lokasi ini merupakan aktiviti hujung minggu yang sangat sesuai untuk anda yang tinggal di kota dan teringin bermain sukan air bersama kawan-kawan. Harga untuk sekepala adalah bermula dari RM150 hingga RM180.
Alamat: 12, Jalan Mat Kilau, Kampung Paya, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
2. Gopeng White Water Rafting, Perak
Aktiviti water rafting di Gopeng, Perak merupakan antara lokasi yang diminati ramai kerana laluan air derasnya yang mencabar. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang tidak mempunyai pengalaman. Harga sekepala sekitar RM140 hingga RM 200.
Alamat: Razak House, Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
3. Whitewater Rafting Ulu Slim River, Perak
Laluan sungai di Ulu Slim River ni sangat berbatu, sempit dan mempunyai selekoh tajam yang akan mencabar fizikal dan mental anda. Kecenderungan untuk anda jatuh daripada bot adalah sangat tinggi. Bayaran untuk sekepala bermula RM150 hingga RM180.
Alamat: Projek Outdoor, Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Perak
4. Jeram Besu White Water Rafting, Pahang
Jeram Besu terletak di Sungai Lipis iaitu kira-kira 6 kilometer sebelum Pekan Benta, Pahang. Lokasi ini menarik banyak peminat white water rafting dari seluruh negara termasuklah pelancong dari luar. Harga untuk sekepala adalah bermula RM170 hingga RM200.
Alamat: Kampung Jeram Besu, 27300 Sega, Pahang
5. Sungai Loh White Water Rafting, Terengganu
Sungai Loh adalah lokasi baru di Malaysia yang menawarkan aktiviti water rafting. Sungai ini juga agak mencabar kerana mempunyai empat peringkat laluan air deras. Anda boleh bermalam di sini bermula dengan harga sekepala RM600 untuk kumpulan minimum 10 orang.
Alamat: Sungai Loh, Dungun, Terengganu
Tunggu apa lagi? Cepat set tarikh dan pergi berseronok bermain water rafting dengan kawan-kawan atau keluarga! :)