Ingin Rasa Realiti Kehidupan Miskin Bandar? Airbnb Di PJ Ini Ada Tawarkan Pengalaman Itu!
Menamakannya 'a night to learn about the poor living', apartment yang mempunyai 3 bilik tidur dan 1 katil tersebut boleh memuatkan 4 orang.
Miskin bandar adalah antara isu yang sudah lama diperkatakan. Seiring dengan isu kos sara hidup. Kedua-duanya sinonim. Cuma, miskin bandar lebih terseksa setiap kali kos sara hidup meningkat.
Berdasarkan kenyataan dari Free Malaysia Today (FMT) pada November tahun lalu, menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, terdapat lebih 4,000 keluarga di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang dikategorikan miskin bandar. Menurutnya lagi, dia menyatakan 1,100 keluarga tergolong dalam kategori terlalu miskin, manakala 3,000 dikategorikan miskin.
Image via FMT
Bukan itu sahaja, berdasarkan laporan daripada Sinar Harian bertarikh Disember 2019 pula menyatakan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak mampu menampung kehidupan di bandar menyebabkan masalah kemiskinan semakin membimbangkan.
Image via Blog Malaysia Baru
Masalah kos sara hidup yang kian meningkat pula memberi bebanan kepada golongan ini yang perlu memikirkan cara untuk mencari pendapatan yang diperlukan demi menampung perbelanjaan keluarga seperti makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off.
Buat yang tidak tahu apa rasa kehidupan 'miskin bandar' boleh mendapatkan pengalaman unik itu dengan menyewa di sebuah penginapan Airbnb di Petaling Jaya
Image via Airbnb
Menamakannya 'a night to learn about the poor living' atau 'malam untuk belajar mengenai kehidupan miskin', apartment yang mempunyai 3 bilik tidur dan 1 katil tersebut boleh memuatkan 4 orang.
Image via Airbnb
Image via Airbnb
Image via Airbnb
Bukan itu sahaja, kemudahan memasak dan peti ais turut tersedia namun begitu tiada perabot lain yang ada di apartment berkenaan.
Berdasarkan gambar serta informasi yang terdapat di laman profil Airbnb, didapati hanya kipas sahaja yang tersedia dalam apartment dan kemudahan di tempat itu hanyalah lif.
Image via Airbnb
Image via Airbnb
Image via Airbnb
Meskipun begitu, mereka yang menginap di penginapan miskin bandar ini boleh berjalan kaki selama 20 minit untuk ke pusat membeli-belah berhampiran seperti The Curve, IKEA, Ikano, dan Empire Mall serta ke restoran makanan segera McDonald's.
Image via Airbnb
Buat yang ingin menginap di sini, anda boleh membuat tempahan di Airbnb secara dalam talian dengan harga RM60 untuk satu malam
Walau bagaimanapun, tiada ‘review’ daripada mereka yang pernah menginap di sini. Boleh jadi penawaran penginapan ini adalah sekadar 'troll' daripada pemiliknya yang bernama Presley.
DBKL ada tawarkan bilik sewa dengan harga RM100 buat orang bujang!
Leave a comment