Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 5 Tips Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan Yang Anda Boleh Jadikan Panduan

Selamat beribadah.

Cover image via suara.com Liputan6

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan tiba lagi, sudah tentu kita mahukan pahala berganda di bulan yang mulia ini bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Liputan6

Waktu inilah masa untuk kita lebihkan amal ibadah dan muhasabah diri agar puasa yang dijalankan lebih berkat.

Antara amalan yang harus kita lakukan adalah dengan memperbanyakkan membaca kitab suci Al-Quran. Kebiasaannya, umat Islam akan menggunakan peluang dan masa yang ada pada bulan Ramadan untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali.

Namun, kadangkala kita mengalami kekangan masa kerana bertindih dengan kerja dan sebagainya. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa tips di bawah untuk anda khatam Al-Quran pada Ramadan kali ini.

1. Mulakan dengan Juzuk 1 pada hari pertama Ramadan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ahlulbait Indonesia

Tips yang paling utama jika ingin khatam Al-Quran adalah dengan memulakan bacaan seawal mungkin, iaitu pada hari pertama Ramadan. Jika anda sudah biasa membiasakan diri dengan tadarus Al-Quran pada bulan lain, seharusnya ia tidak menjadi masalah untuk meneruskan pada bulan istimewa ini.

2. Letak target dan buat kira-kira mengikut keupayaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via suara.com

JIka sibuk dengan kerja di pejabat atau rumah, anda disarankan untuk menyusun jadual bacaan Al-Quran anda. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa waktu mengikut kesesuaian masa. Anda boleh membacanya setiap kali selesai solat fardhu atau terawih. Selain itu, anda juga boleh membuat kira-kira, contohnya membaca empat halaman selepas solat fardhu pada setiap hari untuk khatam sekali.

3. Manfaatkan teknologi

Gambar sekadar hiasan.

Image via celikalquran.com

Risau tertinggal Al-Quran di rumah dan terlepas waktu khusus yang ditetapkan dalam jadual? Jangan risau, handphone kan ada. Zaman teknologi canggih kini sememangnya banyak memberikan manfaat buat kita. Anda hanya perlu download aplikasi Al-Quran di telefon dan meneruskan bacaan seperti biasa.

4. Membaca di tempat yang tenang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Libur

Tempat tenang di dalam konteks ini bukan bermaksud anda wajib membaca Al-Quran di surau atau masjid. Anda boleh membaca di mana-mana saja asalkan tempat itu selesa dan tidak ramai orang. Sebagai contoh, ruang khas di dalam rumah ataupun pejabat. Yang penting, anda boleh khusyuk semasa membaca kitab suci.

5. Lawan rasa mengantuk

Gambar sekadar hiasan.

Image via wajibbaca.com

Tidak dinafikan, jika membaca sesuatu terlalu lama kita akan rasa mengantuk dan automatik mood terus hilang untuk meneruskan bacaan. Apa yang anda boleh cuba lakukan adalah buat sedikit regangan dan basahkan muka untuk kembalikan kesegaran badan. Selain itu, anda juga boleh mengubah posisi bacaan. Tetapi ingat, jangan sampai berbaring pula. Apa-apa pun, ingat target bacaan setiap hari supaya niat nak khatam Al-Quran tercapai.

Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu anda untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadan tahun ini. Jom tambah pahala! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment