Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 7 Kedai Online Untuk Anda Shopping Baju ‘Cheongsam & Qipao’ Sempena Tahun Baru Cina

Jika anda masih buntu, ini adalah jalan penyelesaiannya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi orang Cina, tak ada waktu lain dalam setahun yang disambut dengan semangat dan riuh rendah macam minggu-minggu sebelum sambutan Tahun Baru Cina, jadi dari segi pakaian juga mestilah kelihatan cantik dan bergaya apabila dipakai

Anda belum beli pakaian sempena sambutan Tahun Baru Cina kerana tiada masa? Pastikan tengok jenama fesyen tempatan Malaysia ini.

Jangan risau kerana kami akan list kan 7 kedai dalam talian yang menjual Cheongsam dan Qipao.

1. Inisaya

Dikenali kerana gabungkan elemen budaya dalam rekaan batik yang cantik, inisaya dah keluarkan koleksi Tahun Baru Cina awal, dan cepat je habis terjual.

Untuk yang nak beli last-minute, syarikat tempatan ni akan tambah stok dan update di laman web pada 24 Januari dengan lebih banyak pilihan pakaian.

Mereka juga akan ada di bazar-bazar ini:

  • Mad Coffee Puchong Jaya (3 petang - 7 petang, 20 Januari)
  • Sunny Side Up Market di The Row (12 tengah hari - 7 petang, 27 dan 28 Januari)

Image via inisaya.my (Facebook)

Image via inisaya.my (Facebook)

2. Air Space

Air Space menawarkan rekaan cheongsam yang terjangkau dan chic dalam pelbagai warna pastel dan nada bumi.

Yang hebatnya, anda boleh memakainya berulang kali, mencampur padankan dengan pelbagai aksesori dan gaya untuk pelbagai majlis dan acara.

Image via says.com

Image via AIR SPACE

3. Dreamscaped

Untuk rasa yang lebih tradisional, Dreamscaped menawarkan qipao dengan lengan pendek dan tiga suku, bergantung kepada pilihan anda.

Mereka mempunyai banyak warna dan rekaan yang cantik, anda akan rasa seperti dimanja dan dibelai dengan pilihan yang ada!

Image via DREAMSCAPE

Image via DREAMSCAPED

4. Doublewoot

Koleksi Tahun Baru Cina daripada Doublewoot sudah tiba dan ia pasti tidak mengecewakan.

Walaupun banyak item sedang menunggu stok, masih ada beberapa pilihan lain yang boleh anda dapatkan untuk sambutan Tahun Baru Cina ini.

Koleksi mereka tahun ini menampilkan pakaian fesyen untuk lelaki dan perempuan.

Image via DOUBLEWOOT

Image via DOUBLEWOOT

5. BEHATI

Buat orang tertarik pada Tahun Baru Cina ini dengan koleksi hebat dari BEHATI. Dengan pakaian yang direka khas untuk lelaki dan perempuan, pereka tempatan ini menampilkan gaya yang cantik dan unik yang akan menjadikan anda bintang setiap perhimpunan dan majlis makan bersama.

Image via Behati

Image via Behati

6. Cheongsam By Jane

CheongSam By Jane menawarkan gaya yang chic dalam rekaan cheongsam tradisional klasik dan moden kontemporari, menjadikannya mudah bagi anda untuk mengekspresikan gaya anda.

Dari pakaian atas Tahun Baru Cina yang meriah hingga skirt bergaya dan pelbagai pilihan cheongsam dalam setiap panjang, anda akan menemui pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap citarasa dan majlis!

Image via Cheongsam by Jane

7. The Black Bow

Sama ada anda mahu pilihan merah mencolok mata atau nada yang lebih lembut untuk Tahun Baru Cina, The Black Bow ada untuk anda.

Mereka mempunyai koleksi cheongsam moden dan tradisional yang pelbagai serta menawarkan pelbagai gaya untuk melengkapi penampilan anda yang unik dan peribadi.

Image via The black bow

Image via The black bow

Jadi, anda tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang okay. Selamat Tahun Baru Cina semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment