seismik

Pemilik Terkejut Rumah Kena Ceroboh & Jadi Tempat Tinggal Warga Asing

Menurut pemilik rumah berkenaan, dia tidak pernah menyewakan rumah itu selama 10 tahun.

Cover image via Srilabu Kedah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Niat seorang lelaki bagi membantu menguruskan jualan sebuah rumah berdepan dengan kejutan apabila dia mendapati unit kediaman tersebut rupa-rupanya sedang dihuni oleh sekumpulan pekerja warga asing

Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, memaklumkan kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjual rumah berkenaan.

Menurut lelaki tersebut, dia pada awalnya diminta untuk menguruskan jualan rumah itu oleh seorang rakannya yang mengenali pemilik rumah berkenaan.

"Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong. Kawan atau pemilik itu tinggal di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

"Jadi, dia suruh aku uruskan jual beli semua. Sebab Puchong dengan Seremban 2 tak jauh sangat, boleh aku tolong uruskan jual beli dari A sampai Z," jelasnya.

Terkejut selepas mendapati rumah itu sedang dihuni oleh sekumpulan individu

"Jadi pemilik tu poskan kunci pada sahabat aku tu, dan sahabat tu pass kunci kat aku.

"Aku tanya rumah siapa yang duduk? Pemilik kata kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka duduk di kampung," jelasnya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan memaklumkan sebaik tiba di unit kediaman tersebut, dia agak terkejut selepas mendapati rumah itu sedang dihuni oleh sekumpulan individu.

Untuk lebih kepastian, dia juga menghubungi pemilik kediaman tersebut untuk membuat pengesahan.

"Aku pun call kawan owner tu sekali lagi nak confirm betul ke rumah kosong? Aku pun cakap kat dia, ada orang duduk rumah ni iaitu warga asing!

"Bukan kata aku yang terkejut, kawan owner dan owner pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu," katanya.

Menurutnya, warga asing itu tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

"Dalam hati aku kata berani betul depa (mereka). Ceroboh masuk rumah orang macam itu saja. Kita warga sendiri pun tak berani buat macam itu.

"Depa berani-berani masuk rumah orang buat dek saja. Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung macam mana," katanya lagi.

Sudah lama mendiami rumah berkenaan tanpa membuat sebarang bayaran sewa

Menurutnya, dia juga ada bercakap dengan penyelia warga asing itu, iaitu seorang lelaki dipercayai Bangladesh dan memaklumkan mereka sudah lama menetap di rumah berkenaan tanpa membayar sewa tanpa diganggu sesiapa pun.

"Sekarang depa pula minta bukti dari aku, you betul ke wakil owner? Depa nak bukti dari kita yang kita ni owner yang betul. Oh apa sudah jadi Malaysiaku.

"Aku dah suruh owner buat report polis dan akan aku akan report juga ke pihak Imigresen.

"Hampa boleh kongsi dan make peoples alert tambah-tambah owner yang ada rumah tapi tak ada orang sewa atau duduk,"
katanya.

Lihat posting penuh di bawah:

Berani betul ya mereka duduk rumah itu tanpa izin. Memang another level punya berani.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: