Jika Anda Mengalami 5 Tanda Penyakit Gastrik Ini Dalam Badan, Dapatkan Rawatan Segera
Selalunya selepas 5 tahun, 20% yang menghidapi tanda-tanda akan mendapat ulser perut. Bahaya ni!
Seperti yang kita tahu, penyakit Gastrik boleh merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut kita. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan yang teruk kepada badan seseorang.
Image via MASKULIN
- Gastritis ringan: Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.
- Gastritis berat: Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
- Ulser gastrik (peptic ulcer): Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Antara punca-punca Gastrik yang anda perlu tahu dan elakkan jika sudah kritikal:
Image via Jelitawan Collections
Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut pula menghasilkan lapisan mukosa yang dianggap sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik kerana asid ni bersifat agak kuat di dalam perut kita.
Antara penyebab penyakit Gastrik ini boleh menyerang seseorang adalah:
- Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
- Pengambilan makanan yang berlemak, pedas, berkafein, bergas secara tidak terkawal
- Waktu makan tidak teratur
- Perokok/perokok pasif
- Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
- Pengambilan alkohol
Sebelum keadaan menjadi lebih kritikal, anda perlu merujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Ini antara 7 tanda-tanda Gastrik yang tinggi dalam badan seseorang:
1. Kembung perut
Perut kembung disebabkan perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan kesan daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam.
Asid berlebihan tersebut akan melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angina perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.
2. Senak perut
Sakit perut pada bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.
3. Pedih ulu hati
Pedih ulu hati merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.
Keadaan ini sering menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak.
4. Kerap muntah
Kerap muntah antara simptom gastrik yang mana isi muntahnya mungkin jernih, kuning, atau kehijauan, mengandungi jalur darah atau darah sepenuhnya bergantung pada tahap gastrik.
5. Badan berasa lemah dan lesu
Apabila sakit ini telah menyerang badan anda, secara automatik badan anda akan sentiasa lemah dan lesu kerana menahan sakit yang sememangnya membuatkan badan tidak selesa dan penat.
Oleh itu, anda perlu mengetahui cara untuk merawat penyakit ini supaya tidak bertambah teruk. Yang paling penting, elakkan segala punca yang boleh menyebabkan anda diserang penyakit ini.
Image via Giphy
Jaga kesihatan ya!
Sumber: Facebook Rawatan Kolestrol
Antara perkongsian lain di SEISMIK:
Leave a comment