Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Antara 6 Best 'Frozen Food' Yang Anda Boleh Dapatkan Di Pasar Raya Berdekatan

No. 2 paling best!

Cover image via Halal Foodie KL Foodie

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, makanan sejuk beku yang sedia dimakan atau frozen food merupakan alternatif terbaik untuk anda dapatkan sebagai hidangan makan malam atau tengah hari

Mana tidaknya, hanya panaskan 10 hingga 20 minit di dalam microwave atau air fryer, makanan kegemaran anda semua sedia untuk dimakan. Hal ini memang sangat memudahkan mereka yang hidup bujang dan juga mereka yang tidak tahu memasak.

Kini, sudah ada pelbagai pilihan makanan makanan sedia dimakan sejuk beku yang dijual di pasaraya. Banyak sangat, sampai kadang-kadang kita rambang mata nak memilih. 

Kalau anda tak tahu nak beli yang mana, di sini kami senaraikan enam best frozen food yang anda boleh dapatkan di pasar raya berdekatan. Jom check it out list di bawah!

1. Simplot French Fries

Image via KL Foodie

Siapa sahaja yang tidak sukakan french fries bukan? Ia memang best kalau dapat makan sambil layan movie. Masuk air fryer 15 minit je dah sedia untuk dimakan.

Lebih menarik, ramai yang cakap rasa french fries ini persis rasa french fries dari restoran makanan segera terkenal McDonald's.

2. Lotus's Extra Spicy Fried Chicken

Image via Halal Foodie

Siapa sangka ayam goreng yang menggunakan pelbagai cara hendak membuatnya kini sudah boleh dinikmati dalam masa tak sampai 20 minit.

Frozen food dari jenama Lotus's memang banyak yang sedap-sedap tetapi yang paling best mestilah yang ini. Anda suka makan makanan yang pedas? Jika ya, anda memang wajib beli ayam goreng dari jenama ini. 

3. CP Mexican Spicy BBQ Chicken

Image via googleapis.com

Jika anda sukakan sesuatu kelainan, anda perlu try Mexican Spicy BBQ Chicken daripada jenama CP ini. Rasa manis dan masin yang sangat balance, atau dalam erti kata lain ia memang secukup rasa. Makan sahaja tanpa cicah sos pun dah sedap tau. 

4. Figo Cheese Seafood Fish Tofu

Image via Supply Bunny

Kalau anda selalu pergi makan steamboat atau oden di Family Mart, anda mesti akan familiar dengan cheese tofu ini kan? Kini anda tak payah susah-susah beli oden kalau teringin nak makan cheese tofu, beli sahaja frozen cheese tofu ini anda dah boleh makan sepuas hati.

5. Pacific West Tempura Calamari Rings

Image via Hong Seng

Jenama ini merupakan pilihan terbaik untuk anda yang gemar makan sotong goreng tepung. Sangat jimat dan berbaloi kalau beli dalam bentuk frozen sebegini. Jika dibeli di restoran tom yam ia boleh mencecah sehingga RM10 sepinggan. 

6. Kawan Four Cheese Pizza

Image via Shopee

Kalau hari-hari makan pizza, memang boleh susut duit belanja kerana harganya yang mahal. Jika anda mahukan pizza yang murah dan rasanya yang sedap, anda boleh cuba frozen pizza dari jenama Kawan ini. Harganya serendah RM7 sahaja!

Haa best atau tak frozen food yang kami senaraikan ini. Tunggu apa lagi jom serbu supermarket berdekatan!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment