seismik

Walaupun Tak Kenal, Akak Ini Beria Bagi Semangat Dekat Pelajar Merentas Desa Curi Tumpuan

Semangat betul.

Cover image via @nuranajihanaeila (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Acara merentas desa selalunya akan dianjurkan oleh pihak sekolah sekurang-kurangnya setahun sekali

Namun, ramai pelajar yang tidak menggemari acara ini kerana ia sesuatu yang sangat memenatkan.

Oleh sebab itu, ramai memilih untuk hanya berjalan kaki dan tidak berlari ketika merentas desa. Jadi sesiapa yang berjaya mendapat nombor satu dalam acara tersebut memang dikira hebat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita beria memberi semangat kepada pelajar merentas desa telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Jerit kuat-kuat bagi semangat dekat pelajar yang berlari semasa merentas desa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nuranajihanaeila, kelihatan dia merakam dua orang pelajar yang sedang berlari dalam sebuah acara merentas desa.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia sangat beria memberi semangat kepada kedua-dua pelajar tersebut. Difahamkan, mereka berdua merupakan pelajar yang mendapat nombor satu dan nombor dua pada ketika itu. 

Lebih menarik, dia juga dilihat sangat bangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar tersebut walaupun masing-masing tidak mengenali satu sama lain. 

"Teringat hari itu masa merentas desa dekat sekolah saya, hasil terjerit gini dekat tepi padang, rumah sukan saya dapat nombor 2" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 822.6K views, 88.8K likes serta 805 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang memuji sikap positif wanita tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang power betul sokongan akak ni. Semoga adik tu berjaya dapat nombor satu lah ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: