seismik

First Time Honeymoon, Suami Tertukar Bathtub Dengan Singki Ini Bikin Dekah Ramai

Memang nampak macam serupa.

Cover image via @bintangterpuji (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, kita selalu nampak banyak hotel yang meletakkan bathtub di dalam bilik

Sebenarnya design seperti ini untuk menambahkan lagi elemen luxury dan relaxing. Walau bagaimanapun, design bilik ini memang kurang sesuai untuk tetamu yang sudah berkeluarga atau mempunyai anak-anak kecil.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah bilik hotel yang mempunyai bathtub di dalam bilik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Teruja first time datang honeymoon, suami boleh pula bergurau salah anggap bathtub dengan singki

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bintangterpuji, kelihatan seorang wanita sedang merakam sebuah bilik hotel yang diduduki bersama suaminya ketika honeymoon mereka.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia tiba-tiba merakam gelagat suaminya yang sedang membasuh cawan di bathtub

Hal ini kerana bathtub tersebut betul-betul terletak di sebelah katil dan ia memang nampak seperti singki yang besar. "Yang besar juga sinkinya", gurau suaminya.

"Pastikan yang sampai ke sini hanya suami dan isteri saja. Dilarang bawa anak-anak kecil bersama. Kang lain jadinya pulak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 216.4K likes serta 2.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, memang unexpected betul lawak abang ni :'D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik