seismik

[VIDEO] “Cinta Itu Membuang Masa” - Confident Buat Persembahan Sekali Tersalah Lirik

Lirik yang sesuai!

Cover image via @zulfeka_nasrun (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak universiti, persembahan nyanyian atau tarian adalah perkara yang selalu dinantikan oleh para pelajar

Mana tidaknya, waktu inilah para pelajar dapat enjoy menyaksikan persembahan menarik oleh rakan-rakan. Di samping itu, mereka yang membuat persembahan juga secara tidak langsung dapat menyerlahkan bakat. 

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang pelajar universiti yang tersalah lirik ketika membuat persembahan nyanyian telah mencuit hati ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@zulfeka_nasrun bantai je lirik sampai jadi hahahah #fyp #upsi #fyp original sound - Zulfeka

Tak ingat lirik masa buat persembahan, pelajar ini bantai nyanyi "cinta ini membuang masa"

Menerusi video yang dikongsi oleh @zulfeka_nasrun, kelihatan rakaman dia sedang membuat persembahan nyanyian di salah satu program yang dianjurkan oleh pihak universitinya.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia boleh pula tersalah lirik ketika menyanyikan lagu Ada Apa Dengan Cinta itu.

Sepatutnya lirik asalnya berbunyi "cinta itu kita yang rasa" tetapi dia boleh pula bantai menyanyi "cinta itu membuang masa".

"Saya setuju cinta itu membuang masa, itu lah lirik yang sebenarnya" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 603K views, 34.6K likes serta 485 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar pelajar tersebut tersalah lirik ketika menyanyi itu. Malah, ada yang turut memuji suaranya yang merdu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Betulah cinta itu membuang masa, abang tak salah lirik :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik