seismik

"Sangat Flavourful" - Jom Ikuti Perkongsian Resepi Chicken Dumpling Yang Enak Ini

Rugi kalau tak cuba.

Cover image via The Woks of Life & The Flavour Blender

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dumpling merupakan makanan tradisional masyarakat Cina yang menjadi kegemaran ramai

Bukan sahaja mempunyai tekstur yang lembut malah rasanya yang flavourful tidak dinafikan memang sedap. Walaupun cara nak membuatnya agak sukar, namun ia sangat worth it berbanding yang dibeli frozen dari supermarket.

Jadi di sini kami ingin kongsikan cara nak membuat chicken dumpling yang sangat mudah di rumah. Jom ikuti perkongsian resepi dari @yellowbeanie_ di Instagram ini.

Bahan-bahan:

  • Ayam yang telah dikisar
  • Lobak merah dipotong dadu
  • Daun bawang dihiris
  • Minyak bijan
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kulit dumpling
  • Tepung

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, masukkan isi yang telah dikisar bersama dengan lobak merah dan daun bawang di dalam mangkuk yang serderhana besar. 
2. Kemudian, masukkan minyak bijan, garam, lada sulah dan serbuk perasa. Gaul sehingga sebati. 
3. Masukkan sesudu tepung ke dalam isi ayam yang telah digaul bersama bahan-bahan tadi. Kemudian, gaul lagi. Inti dumpling anda sudah siap!
4. Balut inti dumpling yang telah siap tadi bersama kulit dumpling. Bentukkan seperti di dalam gambar. 
5. Selepas itu, letak sedikit minyak di dalam periuk dan susun dumpling yang telah dibentuk tadi. Kemudian, tuang setengah cawan air ke dalam periuk tersebut.
6. Tutup periuk dan dan tunggu ia masak sehingga garing di bawah.
7. Kini, ada boleh tuangkan chili oil dan daun bawang di atas dumpling tersebut. Sekarang dah siap sedia untuk dimakan panas-panas.

Tak susah sangat pun nak buat chicken dumpling ni guys. Jom cuba!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: