seismik

“Cheesecake On A Stick” - Kedai Ini Tawarkan 4 Perisa Cheesecake Menarik Untuk Anda Cuba

Unik betul.

Cover image via @cheesepeep_

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cheesecake merupakan kek yang dibuat tanpa tepung dan kadangkala ia tidak perlu dibakar dan hanya perlu disejukkan sahaja

Ia juga boleh didapati dengan pelbagai tekstur yang berbeza, contohnya daripada ringan dan lapang kepada padat dan kaya dengan cheese kepada smooth dan berkrim bergantung pada bahan dan kaedah adunan yang digunakan.

Terdapat bermacam jenis cheesecake yang menjadi kegemaran ramai seperti New York Style Cheesecake, No-Bake Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake. Dengar jenis-jenis cheesecake ini pun boleh buat craving kan?

Di sini kami nak memperkenalkan kepada anda sebuah kedai yang menjual cheesecake on the stick iaitu Cheesepeep. Menarik bukan? Jom tengok 4 menu menarik yang mereka tawarkan ini.

1. Mulberry Peeps

Kalau anda seorang yang gemar makan buah strawberry, boleh lah cuba Mulberry Peeps ini. Ia merupakan cheesecake yang disalut dengan sauce milk chocolate dan kacang. Tidak dilupakan, toppingnya ada strawberry dan caramel drizzel.

2. Biscoff Peeps

Siapa sahaja yang tidak suka Lotus Biscoff kan? Cheesecake ini disalut dengan Lotus Biscoff Spread and juga crumbs. Ia mempunyai flavour manis caramel yang buat tiada siapa mampu untuk menolak perisa ini. 

3. Oreo Peeps

Tidak dapat dinafikan, desserts yang melibatakan biskut Oreo memang sangat sedap. Begitu jugalah dengan Oreo Peeps ini. Ia merupakan cheesecake yang telah disalut dengan white chocolate sauce bersama topping biskut Oreo dan Nutella drizzle di atasnya. Tengok gambar pun dah kecur air liur!

4. KitKat Peeps

KitKat Peeps merupakan antara salah satu menu bestseller di kedai ini. Menu ini mengandungi cheesecake yang disalut dengan milk chocolate sauce dan cookie crumbs. Lebih sedap, ia mempunyai topping biskut KitKat dan Nutella drizzle. 

Nampak sedap kan semua menu yang ditawarkan di Cheesepeep ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah!

Alamat & Waktu Operasi:

Bertentangan MR DIY KLTS, Setapak (2:30 petang hingga 6 petang)
KL Night Street, Sri Rampai (7 malam hingga 11 malam)

Tutup setiap hari Isnin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: