seismik

“Guna 3 Bahan Saja” - Jom Hasilkan Nutella Cookies Cepat & Mudah Ini, Must Try!

Confirm sedap!

Cover image via Plated Craving & Just So Tasty

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Nutella merupakan spread yang berperisa coklat dan hazelnut, ia sangat sesuai dimakan dengan apa jua makanan

Kebiasaannya Nutella ini selalu akan disapu pada roti dan dimakan pada waktu sarapan pagi. Ada juga yang suka meratah saja manisan ini kerana rasanya yang sedap.

Jika anda peminat cookies, di sini kami ingin kongsikan resepi membuat Nutella Cookies dengan menggunakan tiga bahan. Resepi ini hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Mudah bukan?

Jom ikuti perkongsian resepi oleh @the_great_usa_food di Instagram ini.

Image via giphy.com

Bahan-bahan:

  • 200g Nutella
  • Telur bersaiz besar
  • 125g tepung

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, masukkan 250g Nutella dan sebiji telur ke dalam bekas yang besar. Kemudian, kacau ia menggunakan mixer sehingga sebati. 
2. Apabila ia sebati, masukkan 125g tepung pula. Gaul sehingga ia menjadi dough, seperti di dalam gambar. 
3. Kemudian, sejukkan adunan tadi di dalam peti sejuk selama 10 minit.
4. Sesudah 10 minit, keluarkan dan bentukkan adunan cookies anda seperti bentuk bola. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
5. Susun adunan cookies yang berbentuk bola tadi di atas loyang. Kemudian, tekankan menggunakan jari di tengah-tengah setiap satu cookies untuk membuat satu lubang kecil. 
5. Seterusnya, bakar cookies anda di dalam ketuhar selama 7 hingga 6 minit dengan suhu 180/160 darjah celcius
6. Selepas itu, keluarkan dari ketuhar dan semasa ia masih panas tekankan lagi bahagian lubang di tengah cookies tersebut. Kemudian, pipe Nutella spread di dalam lubang tersebut. 
7. Dah siap! Jangan lupa untuk simpan cookies anda dalam bekas yang kedap udara supaya ia tidak masuk angin. 

Kredit resepi: @the_great_usa_food (Instagram)

Resepi ini sangat mudah dan menggunakan kos yang rendah. Memang patut anda cuba!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: