seismik

"Creamy & Crispy" - Hanya Guna 5 Bahan Sahaja, Jom Cuba Resepi Street Food Spanish Ini

Fried Milk!

Cover image via superfashion.us & istockphoto

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fried Milk atau juga dikenali sebagai Leche Frita merupakan makanan yang berasal dari negara Sepanyol

Makanan ini merupakan antara street food yang amat popular di negara tersebut. Walau bagaimanapun, jika di negara kita, susu goreng memang kedengaran agak pelik.

Namun, sebenarnya ia sangat sedap! Menggoreng susu akan menjadikan ia lebih rangup di samping rasa kastard manis yang cair di dalam mulut. 

Resepi ini memang sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang creamy dan juga crunchy. Lagi-lagi kalau buat menu desserts memang syok betul. 

Jom ikuti perkongsian resepi oleh @tiffycooks di TikTok ini.

Image via superfashion.us

Bahan-bahan:

  • 3 cawan susu
  • Setengah cawan tepung jagung
  • Setengah cawan gula
  • Serbuk roti
  • Telur

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, sediakan sebuah periuk yang sederhana besar. Kemudian, masukkan susu, tepung jagung dan juga gula ke dalam periuk tersebut. 
2. Renehkan campuran susu, gula dan tepung jagung tadi pada api yang sederhana. Teruskan kacau sehingga ia menjadi tekstur seperti di dalam gambar. 
3. Kemudian, tuang campuran tersebut ke dalam bekas yang telah dilapik dengan parchment paper. Seterusnya, sejukkan ia di dalam peti sejuk selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, keluarkan ia dari dalam peti sejuk. Anda kini boleh potongkannya kepada 8 bahagian yang sama.
5. Kemudian, celup susu yang telah dipotong tersebut dengan tepung jagung, telur dan serbuk roti. 
6. Selepas itu, gorengkan ia di dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit atau sehingga ia menjadi crispy dan golden brown.
7. Setelah masak, angkat dan susunkan ia cantik di dalam pinggan. Anda boleh juga taburkan gula aising untuk presentation yang lebih cantik. Dah siap! 

Kredit resepi: @tiffycooks (TikTok)

Walaupun nama desserts Spanish ini kedengaran pelik tapi rasanya memang sangat sedap. Creamy dan crispy!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: