seismik

"Murid-Murid Enjoy" - Cikgu Ajar Senamrobik Tetapi Versi Menari Tiktok Ini Jadi Perhatian

Cikgu sporting!

Cover image via @avraaaaa0901 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Senamrobik merupakan sejenis senaman berirama yang menggunakan muzik serta rentak kaki

Pihak sekolah akan menganjurkan aktiviti senamrobik pada hari tertentu supaya para pelajarnya kekal cergas dan bersemangat untuk menjalani pembelajaran.

Kebiasaannya, ketua murid ataupun guru pendidikan jasmani yang akan mengetuai aktiviti senamrobik. Ramai murid menggemari aktiviti ini kerana ia sesuatu yang fun disamping dapat mencergaskan diri. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan aksi seorang guru yang mengajarkan murid-muridnya senamrobik versi lebih fun telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ajar senamrobik versi menari TikTok, murid-murid pun enjoy menari sekali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @avraaaaa0901, kelihatan sedang berlangsungnya aktiviti senamrobik di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti.

Seorang guru dilihat mengetuai aktiviti tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila senaman yang diajarkan oleh guru tersebut merupakan step tarian di TikTok. 

Lebih menarik, murid-murid di situ juga nampak sangat enjoy ikut menari tarian yang diajarkan oleh guru mereka itu. Difahamkan, guru tersebut membuat senamrobik versi menari TikTok kerana bersempena sambutan Hari Guru. 

"Yang penting murid-murid enjoy kan cikgu? Kita buat senaman versi TikTok" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 928.5K views, 43.1K likes dan 1105 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut seronok melihat guru dan murid-murid tersebut enjoy membuat aktiviti senamrobik versi tarian TikTok itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronoknya tengok! Tiba-tiba rasa macam nak jadi budak sekolah balik :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: