"Tak Payah Guna Alarm" - Ayah Kejut Bangun Tidur Dengan Cara Berkokok Buat Ramai Terhibur
Comel betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi sesetengah orang, bangun pagi merupakan cabaran besar buat mereka
Tambahan lagi, bagi mereka yang tidak dapat tidur secukupnya. Oleh itu, ada juga yang sampai bangun lewat sehingga pukul 3 atau 4 petang.
Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan ada ibu bapa geram melihat perangai anak-anak yang suka bangun lewat tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bapa yang sampai berkokok untuk mengejutkan anaknya bangun tidur telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah selalu akan selak langsir, tutup kipas dan mula berkokok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @raihanaroslan1, kelihatan seorang gadis sedang merakam ayahnya yang datang untuk mengejutkan dia bangun tidur.
Pada mulanya, ayahnya akan menyelak langsir dan mematikan switch kipas. Namun, apa yang menghiburkan ramai apabila ayahnya tiba-tiba berkokok untuk mengejutkannya bangun tidur.
Gadis itu turut menyatakan di ruangan kapsyen bahawa perkara ini merupakan rutin ayahnya setiap kali mengejutnya bangun tidur.
"Arwah abah saya kalau lepas kejut tu dia pasang radio kuat-kuat sampai saya bangun. Rindu. Al-Fatihah" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 402.4K tontonan, 53K tanda suka serta 338 komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi lucu tersebut. Malah ada yang berkongsi pengalaman cara ayah mereka mengejutkan mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Comel betul ayah awak, siap berkokok lagi. Lepas ni dah tak payah pasang alarm :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!