seismik

Hanya Seminit Nak Buat, Jom Cuba Resepi Popular 'Egg In Hell' Yang Sangat Mudah Ini

Semudah ABC je!

Cover image via Don't Go Bacon My Heart

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Egg in Hell atau nama lainnya Italian Shakshuka merupakan menu masakan telur yang popular

Nama Egg in Hell ini merujuk kepada telur yang dimasak bersama sos marinara berwarna merah yang sedang mendidih, ditambah lagi dengan rasa pedas-pedas hidangan tersebut.

Menu ini sangat sedap dimakan sewaktu sarapan pagi atau brunch bersama dengan roti bakar yang rangup dan dicicah bersama sos tomato dan telur separuh masak sementara ia masih suam.

Kedengaran sedap bukan? Apa kata untuk menu sarapan esok pagi anda cuba resepi Egg in Hell yang mudah ini. Jom ikuti perkongsian resepi oleh Seonkyoung Longest di YouTube ini.

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Dua ulas bawang putih
  • Setengah sudu besar serbuk cili
  • 2 cawan setengah sos marinara
  • 4 biji telur
  • Garam
  • Lada hitam
  • Daun basil

Cara Penyediaan:

1. Tuangkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali.
2. Selepas itu, goreng bawang putih sehingga ia kekuningan. Kemudian, barulah masukkan serbuk cili. 
3. Seterusnya, tuang 2 cawan setengah sos marinara dan biarkan ia mendidih.
4. Selepas itu, pecahkan empat biji telur secara berasingan di dalam sos marinara yang sedang mendidih tersebut. 
5. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. 
6. Kemudian, tutup kuali anda dengan tudung untuk membiarkan telur separuh masak seperti di dalam gambar.
7. Apabila telur sudah separuh masak, taburkan daun basil yang telah dicarik ke atas hidangan tersebut. 
8. Dah siap, sedia untuk dihidang. Anda boleh nikmati Egg in Hell anda bersama roti bakar yang garing. 

Kredit resepi: Seonkyoung Longest (YouTube)

Kecur air liur betul tengok hidangan Egg in Hell ini. Jadi guys tunggu apa lagi? Jom buat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: