Hidangan Authentic, Anda Mesti Cuba Masakan Cina Halal Di Ampang Ini. Serious Sedap!
Must try Chee Cheong Fun!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Masyarakat Cina memang sangat terkenal kerana mempunyai pelbagai masakan asli
Dengan sejarah yang panjang, ciri unik, pelbagai gaya, dan rasa yang sedap, masakan Cina merupakan salah satu elemen penting dalam budaya mereka.
Tidak dapat dinafikan, hidangan tradisional Cina terkenal dengan warna, aroma, rasa dan rupanya. Kalau anda semua nak tahu, terdapat satu kafe di Ampang ini yang menyediakan pelbagai jenis masakan cina yang halal.
Jom lihat menu-menu menarik yang ada di kafe Steamfun ini. Pasti anda rasa macam nak pergi sekarang!
Aneka menu Chee Cheong Fun yang unik dan pelbagai di kafe Steamfun ini dapat tumpuan ramai
Chee Cheong Fun atau Rice Roll ini merupakan gulungan nipis yang diperbuat daripada shahe fen (rice noodles). Kebiasaanya ia akan diisi dengan udang, daging lembu, sayur-sayuran, atau bahan-bahan lain.
Menu-menu bestseller di kafe ini merupakan Rice Roll A dan B. Rice Roll A diisi dengan udang, ayam, udang kering dan lettuce. Rice Roll B pula mengandungi udang, ayam, telur ayam kampung dan lettuce.
Dihidangkan dengan sos soya signature Steamfun yang dibuat dengan ekstrak makanan laut dan sambal udang kering.
Terdapat juga menu lain iaitu Rice Roll dengan serunding ayam, salad dan bawang goreng. Gabungan rasa yang sedap, unik dan pasti buat anda nak order dua kali.
Selain itu, mereka juga ada menu baharu, Rice Roll dengan kuah kacang, salad dan bawang goreng. Kombinasi rasa tradisi nasi impit dengan kuah kacang ini memang padu guys!
Terdapat juga menu-menu Chinese Food lain yang mempunyai rasa authentic
Selain Chee Cheong Fun, mereka turut menyediakan pelbagai hidangan nasi putih yang dihidang bersama masakan popular Cina. Antara yang menjadi pilihan ialah Ayam General Tso dengan nasi putih.
Isi ayam tanpa tulang yang digoreng ranggup dan brokoli yang dimasak dengan sos General Tso mereka yang special. Campuran rasa manis, masam dan pedas yang sangat lazat. Confirm nak lagi!
Seterusnya, bagi peminat mee atau kuetiau, anda mesti cuba menu Kari Assam yang sedap di Steamfun ini. Ia dimasak menggunakan resepi rempah tradisi menghasilkan kombinasi rasa kari dan asam pedas yang unik.
Masih tak tahu nak makan apa? Ada juga hidangan-hidangan lain seperti Nasi Goreng Udang, Cucur Udang bersama Kuah Kacang special, Sze Chuan Chicken, Sweet and Sour Chicken or Patin Fish bersama nasi putih.
Jom cepat-cepat singgah ke kafe Steamfun di Ampang ini. Menyesal kalau tak cuba! :D
Alamat:
Spectrum Shopping Mall, Ground Floor, CW-3, Cafe Walk,
Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10 pagi sehingga 9 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!