seismik

“Sesuai Dengan Tekak Melayu” - Kedai Ini Tawarkan Sushi Unik Perisa Satay & Durian

Wah nampak sedap!

Cover image via sushika_hq (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sushi sangat popular di Malaysia, namun bukan semua orang meminatinya

Malah, ada juga yang tidak boleh telan kerana rasanya yang tidak kena dengan tekak Melayu. Kini, banyak seller lokal di Malaysia telah menjual pelbagai jenis sushi yang telah diubah suai mengikut cita rasa masyarakat kita. 

Sama seperti kedai Sushika ini yang menawarkan pelbagai menu sushi dengan rasa yang sangat Malaysian. Kedai sushi ini memang sangat terkenal dalam kalangan selebriti dan juga influencer.

Menyediakan hidangan sushi dengan rasa Malaysian, ini antara menu must try di Sushika

Hanya di Sushika sahaja yang menjual sushi perisa satay ini! Paling best, sushi ini datang bersama kuah kacang. Memang betul-betul macam makan satay.

Lagi satu menu dari Sushika iaitu Sushi Serunding yang mempunyai rasa Melayu. Dah macam Hari Raya pula makan sushi perisa serunding ini. Confirm yang tak makan sushi pun terus suka.

Seterusnya, menu lain yang mendapat sambutan ramai merupakan Ayam Teriyaki, Udang Tempura dan Octopus Prime. 

Kalau anda nak mencuba sushi di Sushika ini, memang tak sah kalau tak order tiga sushi bestseller ini. Rasanya memang sangat premium dan tak muak.

Sushi Durian dan Set Merdeka merupakan menu seasonal Sushika yang ditunggu-tunggu pelanggan

Yang lagi best, pada setiap bulan kemerdekaan, Sushika akan mengeluarkan menu Set Merdeka yang berperisa salted egg. Siap ada corak bendera Malaysia lagi!

Menu ini memang paling ditunggu-tunggu pelanggan setiap kali menjelangnya bulan kemerdekaan. Pada musim durian tahun lepas, Sushika telah mengeluarkan menu limited edition mereka iaitu Sushi Durian.

Wah, dengar nama pun dah terliur kan? Rasanya memang sedap guys. Harap-harap tahun ini mereka jual lagilah ya.

Terdapat juga pelbagai lagi menu sushi menarik yang buat anda tak tidur malam

Buat penggemar mentai rice, anda boleh cuba Salmon Chessy Rice dan Beef Chessy Rice. Rasanya memang sangat berlemak dan padu guys!

Tidak ketinggalan juga menu-menu seperti Smokey Chessy Octopus, Smokey Chicken Teriyaki dan Prawn Dragon Tempura. Inti yang diletakkan dalam sushi ini sangat banyak. Memang berbaloi kalau nak beli.

Tunggu apa lagi, boleh sahaja singgah Drive Thru Sushika untuk membuat pembelian atau anda juga boleh order online di laman Instagram mereka

Alamat:
G-01 Studio, 14, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 11 pagi sehingga 7 petang.
Isnin tutup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: