seismik

Lelaki Di TikTok Ini Kongsi Resepi Macaroni Cheese Dalam Cawan Dapat Lebih 600K Views

Sekejap je dah siap!

Cover image via @bangman30 (TikTok) & The Spruce Eats

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Macaroni and cheese merupakan ultimate comfort food bagi sesetengah orang

la merupakan makanan dari negara barat, namun telah menjadi kegemaran ramai masyarakat di Malaysia tidak mengira umur.

Terdapat pelbagai versi hendak membuat Macaroni and Cheese ini termasuklah menggunakan oven, airfryer dan juga microwave. Tak kisahlah nak guna cara bagaimanapun, yang penting hasilnya sedap.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @bangman30 telah berkongsi satu resepi Macaroni and Cheese yang mudah dan cepat dengan menggunakan cawan telah mencuri tumpuan ramai.

Jom ikuti perkongsian resepi tersebut.

Image via giphy.com

Bahan-bahan:

  • Satu cawan saiz besar
  • Macaroni
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk paprika (optional)
  • Susu
  • Red cheddar cheese (apa-apa jenis cheese lain juga boleh)
  • Daun bawang (optional)

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, letak macaroni ke dalam cawan dan masukkan air sehingga macaroni tenggelam sedikit. Kacau supaya ia sebati dengan air.

2. Masukkan ke dalam microwave dan masak sehingga 2 minit 30 saat. Kemudian, keluarkan dan kacau macaroni supaya ia tidak melekat pada bawah cawan. Selepas itu, masukkan kembali ke dalam microwave dan masak lagi selama 2 minit 30 saat.

3. Seterusnya, apabila macaroni sudah masak, masukkan pula sedikit garam, serbuk perasa dan serbuk paprika. Kacau sehingga sebati.

4. Tuang susu ke dalam cawan berisi macaroni sehingga ia tenggelam sedikit. Kacau lagi sehingga sebati.

5. Kemudian, masukkan red cheddar cheese dan kacau sehingga sebati. Jika tiada, boleh sahaja ganti dengan cheese jenis lain mengikut cita rasa masing-masing.

6. Seterusnya, masak dalam microwave selama 30 saat. Keluarkan dan kacau lagi supaya cheese sebati dengan macaroni. Kemudian, masukkan dalam microwave dan masak lagi selama 30 saat.

7. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang ke atas macaroni cheese yang telah siap dimasak. Sedia untuk dihidang!

Kredit Resepi: @bangman30 (TikTok)

Mudah sangat resepi ni. Memang sesuai untuk orang bujang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: