seismik

Resepi Bubur Tom Yam Yang Sangat Simple, Sesuai Untuk Student. Best Makan Masa Hujan!

Senang je nak buat!

Cover image via @ashfoodhunter (TikTok) & The Woks of Life

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tom Yam merupakan makanan tradisional dari negara Thailand yang menjadi kegemaran ramai

Kuahnya yang pedas-pedas masam dan dimakan pula bersama nasi putih, memang sangat sedap. Kali ini, kami nak tunjukkan resepi tom yam yang lain sedikit iaitu Bubur Tom Yam.

Jika anda semua belum pernah try lagi, jom ikuti perkongsian resepi daripada pengguna TikTok @ashfoodhunter ini.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Serai
  • 4 hingga 6 ekor udang
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Pes Tom yam
  • Kuib ayam atau stok ayam
  • Air secukupnya
  • Beras
  • Lobak merah dipotong dadu
  • Kubis bunga dipotong dadu
  • Daun limau purut
  • Pes Gochujang (optional)
  • Serbuk cili
  • Air perahan lemon
  • Garam/MSG

Cara penyediaan:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan cili padi yang telah dipotong di dalam Pressure Cooker. Jika tiada pressure cooker, anda juga boleh guna rice cooker atau masak di atas api seperti biasa.
2. Masukkan udang dan ayam, kemudian tumis lagi sehingga masak sedikit. 
3. Tambahkan pes tom yam dan kuib ayam ke dalam tumisan tersebut. Jika tiada boleh gantikan dengan stok ayam.
4. Tambah air secukupnya dan masukkan beras. 
5. Kemudian, masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut yang telah dicarik. 
6. Untuk rasa yang lebih masam dan pedas, anda boleh tambahkan pes Gochujang (optional).
7. Biarkan bubur tom yam anda masak di dalam pressure cooker selama 20 minit.
8. Akhir sekali setelah ia masak, tambahkan serbuk cili, garam/MSG dan sedikit perahan air lemon.
9. Dah siap, sedia untuk dihidang! Boleh juga taburkan cili potong, daun bawang dan telur dadar sebagai hiasan.

Kredit resepi: @ashfoodhunter (TikTok)

Nampak sedap! Orang yang demam kalau makan Bubur Tom Yam ini pun pasti berselera balik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: