seismik
"Pelik Tapi Sedap" - Jom Cuba Resepi Ayam Coke Viral Yang Buat Anda Tambah Nasi
Gerenti sedap!
Cover image via
@ctalyh (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mesti ramai yang sukakan minuman Coca-Cola atau Coke bukan? Tetapi apalah rasanya apabila digabungkan dengan ayam? Kalau nak tahu, jom cuba resepi ini!
Image via China Yummy
Memang nampak menyelerakan betul gambar dekat atas itu. Sebenarnya, Ayam Coke ini merupakan resepi viral dari negara China. Memang sangat sedap kalau makan dengan nasi atau nak ratah sahaja pun boleh. Jom ikuti perkongsian resepi daripada pemilik akaun TikTok, @ctalyh.
Bahan-bahan:
- 12 ketul ayam bahagian kepak
- Daun bawang
- 5 hiris halia
- Minyak masak
- 2 ulas bawang putih
- Bunga lawang
- 3 sudu kicap cair
- 1 sudu kicap pekat
- 1 tin air Coke
- Hirisan cili
Cara penyediaan:
1. Rebuskan ayam dengan 2 hiris halia dan daun bawang sehingga mendidih.
Image via @ctalyh (TikTok)
2. Kemudian, toskan air dan letakkan sedikit minyak.
Image via @ctalyh (TikTok)
3. Goreng ayam sehingga menjadi warna golden brown.
Image via @ctalyh (TikTok)
4. Masukkan 3 ulas bawang putih, 3 hiris halia, satu bunga lawang dan sedikit daun bawang.
Image via @ctalyh (TikTok)
5. Selepas itu, masukkan 3 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap pekat.
Image via @ctalyh (TikTok)
6. Kemudian, masukkan satu tin air Coke dan masak sehingga 8 minit. Jangan lupa untuk buka dan tutup penutup periuk.
Image via @ctalyh (TikTok)
7. Akhir sekali, setelah ia kering, taburkan daun bawang dan hirisan cili mengikut citarasa masing-masing. Dah siap!
Image via @ctalyh (TikTok)
Kredit resepi : @ctalyh (TikTok)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Sesimik
Image via Raya Havoc 2022