seismik

Tom Yam Sebagai Tarikan Utama, Restoran Ini Tawarkan Pelbagai Menu Dengan Rasa Thai Asli

Tom Yam dia padu guys!

Cover image via Mama Mee Yah (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masyarakat Malaysia dengan makanan dari negara Thailand memang tidak dapat dipisahkan

Kita boleh lihat, di negara kita ini memang banyak betul restoran-restoran yang menyediakan makanan Thailand. Antara yang menjadi perhatian mestilah menu seperti Tom Yam dan Nasi Pad Kra Poa.

Kalau anda nak tahu, restoran Mama Mee Yah merupakan port terbaharu yang menjadi pilihan penggemar makanan Thai. Tarikan utama restoran ini adalah menu yang berasaskan Tom Yam dan terdapat banyak lagi makanan lain dengan rasa Thai asli.

Menyediakan aneka hidangan Tom Yam dengan kuah yang pekat dan padu

Thai Mama Tomyam with Chicken Ball

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Thai Mama Tomyam Goong with Crayfish

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Thai Hotpot Boat

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Thai Mama Tom Yam merupakan hidangan bestseller di restoran Thai ini. Anda boleh memilih Thai Mama Tom Yam with Chicken Ball atau Thai Mama Tom Yam Goong with Crayfish. Dua-dua sedap! 

Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan Thai Hotpot Boat. Bukan sahaja rasanya yang sedap, portion juga besar. Isinya memang penuh dengan udang, mussels, bebola ayam, cendawan dan macam-macam lagi. Memang puas kalau dapat makan dengan keluarga tercinta. 

Ketiga-tiga menu Skewers ini memang wajib anda cuba

Signature Lemongrass Thai Grilled Chicken Skewers

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Black Pepper Grilled Chicken Skewers

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Tom Yam Mama Grilled Chicken Skewers

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Jika anda tidak sukakan pedas, bolehlah mencuba Signature Lemongrass Thai Grilled Chicken Skewers. Ia mempunyai rasa manis-manis serai yang sangat sedap.

Manakala bagi penggemar pedas pula, anda bolehlah cuba Tom Yam Mama Grilled Chicken Skewers dan Black Pepper Grilled Chicken Skewers. Dibakar menggunakan teknik blow torch, rasanya memang terangkat!

Pelbagai lagi menu Thai menarik yang confirm buat anda teringat

Pattaya Fried Rice with Chicken Chop

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Thai Basil Minced Chicken Rice

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Mama Thai Yam with Seafood (Dry)

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Soya Beancurd Series

Image via Mama Mee Yah (Facebook)

Terdapat tiga cawangan Mama Mee Yah yang boleh anda kunjungi di Perak dan juga Puchong

Alamat:
1. Lot FS-20, First Floor, Batu 9, Jalan Puchong,
Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.

2. Blok A G-20, Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh, Perak Soho, 30000 Ipoh.

3. G68, Ground Floor, AEON Mall, Jalan Manjung Point 4/6,
32040 Seri Manjung, Perak.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 10 pagi sehingga 10 malam.

Nampak menyelerakan betul! Kuah Tom Yam Mama Mee Yah ini memang boleh buat anda nak pesan sampai dua kali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: