Buat Penggemar Nasi Kandar, Ini Antara Restoran Yang Wajib Anda Cuba Di Pulau Pinang
Rugi kalau tak cuba.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, nasi kandar merupakan makanan yang menjadi kegemaran ramai di Pulau Pinang
Mana tidaknya, kebanyakkan restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang ini memang akan selalu penuh dengan orang ramai. Ada juga yang sanggup beratur dengan lama semata-mata hendak menikmati sepinggan nasi kandar.
Memang tidak sahlah kalau anda datang ke Pulau Pinang tetapi tidak mencuba nasi kandar. Buat anda yang tidak tahu, di sini kami senaraikan lima restoran Nasi Kandar wajib cuba di Pulau Pinang.
1. Nasi Kandar Deen Maju
Nasi Kandar Deen Maju boleh merupakan Nasi Kandar paling popular di Pulau Pinang. Kalau nak makan Nasi Kandar ini, anda semua kena bersedia untuk beratur sekurang-kurangnya sejam sebelum mendapat makanan.
Alamat:
170, Jalan Gurdwara (Brick Kiln Road), 10300 George Town, Penang, Malaysia.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 12 tengah hari sehingga 9:30 malam.
Jumaat tutup.
2. Nasi Kandar Line Clear
Terkenal dengan menu Kari Kepala Ikan yang sangat menyelerakan, restoran ini juga antara yang menjadi pilihan ramai. Selain itu, mereka juga menyediakan aneka hidangan lauk yang boleh rambang mata nak memilih.
Alamat:
Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 24 jam.
3. Nasi Kandar Pokok Ketapang
Jika anda berkunjung ke restoran ini, lauk yang wajib di ambil adalah ayam goreng berempah. Makan panas-panas dengan nasi memang sangat sedap guys! Selain itu, mereka juga menawarkan lauk sperti telur sotong, daging masak hitam dan kari ikan.
Alamat:
Nasi Kandar Pokok Ketapang, 38, Hutton Lane (Lorong Hutton),
10050 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 7 pagi sehingga 8 malam.
4. Nasi Kandar Shariff Gelugor
Restoran ini tidaklah popular jika dibandingkan dengan Deen Maju, namun ia menjadi kegemaran dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Boleh dikatakan restoran ini merupakan Nasi Kandar yang underrated di Pulau Pinang. Ayam Masak Ros mereka merupakan antara yang terbaik guys!
Alamat:
159, Jalan Permai Taman Brown, Gelugor, Hadapan 7, 11700 George Town.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 5:30 petang sehingga 9:30 malam.
Sabtu tutup.
5. Nasi Kandar Kampung Melayu
Mula beroperasi sejak 1970, Nasi Kandar Kampung Melayu telah menjadi antara yang paling legend di Pulau Pinang. Menyediakan pelbagai hidangan lauk seperti ayam goreng, kari sotong dan banyak lagi. Kalau singgah sini, anda semua memang wajib minta kuah banjir.
Alamat:
A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
Setiap hari, 6:30 pagi sehingga 10 malam.
Jika nanti anda berkunjung ke Pulau Pinang jangan lupa singgah tau restoran-restoran yang kami senaraikan ini :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!