seismik

Makan Sambil Dibuai Bayu Pantai, Kedai Pak Tam Mee Udang Ini Tawar Seafood Fresh Dari Laut

Cantiknya view laut.

Cover image via Vkeong & Pak Tam Mee Udang (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Craving Mi Udang? Tetapi dalam masa yang sama teringin nak makan dekat tepi laut? Kedai Pak Tam Mee Udang ini memang sesuai untuk anda!

Kedai Pak Tam Mee Udang yang terletak di Pantai Teluk Bayu, Pulau Pinang ini bukan sahaja dapat memuaskan perut pelanggan, malah mereka juga dijamu dengan pemandangan laut yang sangat cantik.

Walaupun perjalanan nak sampai ke kedai ini agak berliku kerana perlu melalui jalan hutan, namun pengalaman makan di sini memang sangat worth it. Sesuai datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk minum petang.

Hal ini kerana pada waktu tersebut, cuacanya lebih redup dan mudah untuk anda jalan-jalan di tepi laut selepas makan.

Image via Vkeong
Image via Vkeong

Dengan makanan laut fresh ditangkap setiap hari, Pak Tam Mee Udang sediakan aneka mi kuah

Anda boleh lihat, besar betul portion mi kuah dekat Pak Tam Mee Udang ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh order mi kuah dengan pelbagai jenis seafood seperti udang, ketam dan sotong. Pasti kenyang sampai malam!

Selain mee kuah, mereka turut menyediakan mi goreng seafood untuk santapan anda

Buat anda yang tidak minat mi kuah, mereka juga menawarkan menu seperti Mee Goreng Udang, Mee Goreng Ketam dan Mee Goreng Sotong. Bukan itu sahaja, harga makanan di Kedai Pak Tam Mee Udang serendah RM10, memang sangat berbaloi.

Jadi tunggu apa lagi guys? Jom cepat-cepat singgah ke Pak Tam Mee Udang. Rugi kalau tak cuba tau :D

Alamat:
Pantai Teluk Bayu, Jalan Sungai Batu,
11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 11:30 pagi sehingga 6 petang.
Khamis tutup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: