seismik

Roti Yang Lembut & Gebu, Kedai Di Petaling Jaya Ini Sediakan Seleksi Perisa Unik Bao

Semua jenis Bao ada!

Cover image via thebaoguys (Instagram) & The Bao Guys (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bao atau juga dikenali sebagai baozi merupakan makanan tradisional yang berasal dari negara China

Makanan ini menjadi kegemaran ramai kerana rotinya yang lembut dan gebu. Di samping itu, inti ayam atau daging di dalam bao juga merupakan highlight makanan ini.

Jika anda seorang peminat bao, terdapat sebuah kedai di Petaling Jaya, The Bao Guys yang menawarkan aneka jenis bao dengan perisa unik dan menarik untuk anda cuba.

Jom check out menu-menu must-try di kedai tersebut!

Antara menu-menu bestseller yang menjadi kegemaran ramai merupakan Sawadee Cluck, Beef Be With You, Onz like the Prawnz dan The Power Plant

Image via KL Foodie
Image via KL Foodie
Image via KL Foodie
Image via KL Foodie

Anda suka makanan masam? Pastikan anda cuba Sawadee Cluck okay? Menu ini datang bersama ayam goreng yang diperap bersama pes ketumbar. Juga dihidangkan bersama sos mala-mayonnaise dan jeruk bawang.

Bagi penggemar daging pula, anda boleh cuba Beef Be With You. Bersama inti daging berperisa mala dan ditambah pula sos mala-mayonnaise, rasanya memang terangkat.

Buat penggemar seafood pula, Onz like the Prawnz memang khas untuk anda. Kombinasi rasa patty udang sebenar dan sos bawang putih, memang sangat kena. Wajib order dua! 

Akhir sekali, jika anda seorang vegetarian, wajib untuk anda pesan The Power Plant. Ia berintikan fried breaded tofu dan dimakan bersama sos seaweed mayo. Rugi kalau tak cuba.

Bukan itu sahaja, pelbagai menu lain yang ada di kedai ini memang boleh buat rambang mata nak memilih

The Bao Guys juga ada tawarkan menu desserts untuk anda seperti Onde Onde Bao dan Nak Kaya Bao. Gabungan bao dan rasa tradisional Malaysia ini memang seolah-olah pesta di dalam mulut.

Selain itu, terdapat juga pilihan menu wajib cuba lain seperti Chili Crab Dips with Deep Fried Mantaos dan juga Rice Bowl berlaukkan spicy mala braised beef. 

Kalau nak cuba makanan dari The Bao Guys ini, anda boleh walk-in di kedai mereka atau boleh juga beli di aplikasi foodpanda dan GrabFood

Image via KL Foodie

Alamat:
12M, Jalan SS 2/61, SS 2,
47300 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 12 tengah hari sehingga 10 malam.
Isnin tutup.

Menarik betul menu-menu yang ada. Tak boleh pilih satu, memang kena beli semua ni! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: