seismik

Ingin Cuba Sesuatu Yang Lain? Jom Buat Masakan Spanish Gambas Al Ajillo Ini. Senang Je!

Spanish Style Garlic Shirmp.

Cover image via Caroline's Cooking & Omar Alibhoy - The Spanish Chef

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terdapat pelbagai resepi masakan udang seperti Udang Goreng Kunyit, Udang Masak Buttermilk dan macam-macam lagi anda boleh cuba

Tidak dinafikan, masakan menggunakan udang ini memang sangat versatile. Daripada masakan Cina, Barat sehinggalah masakan Melayu, semuanya sedap dan menjadi perhatian ramai.

Pernah tak anda dengar mengenai masakan udang style Spanish? Highlight utama menu ini merupakan udang yang digoreng bersama olive oil.

Rasanya memang sangat sedap. Cara nak membuatnya juga senang sahaja. Selalunya hidangan ini akan dimakan bersama roti bakar yang crispy tetapi boleh juga kalau nak makan dengan nasi. 

Jom ikuti perkongsian resepi Gambas Al Ajillo daripada pengguna di Youtube ini. 

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Cili merah kering/chili flakes
  • Daun sup
  • Lada hitam
  • Garam
  • Extra Virgin Olive Oil
  • 6 ekor udang 

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, buang kulit udang serta kepalanya. Tinggalkan kulit pada bahagian ekor udang supanya ia kelihatan cantik semasa memasak. 
2. Kemudian, potong bawang putih, cili merah kering dan daun sup secara halus seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jika tiada cili merah kering, boleh sahaja gantikannya dengan chili flakes.
3. Masukkan bawang putih dan cili kering merah terlebih dahulu ke dalam periuk. Kemudian, baru tuangkan olive oil secukupnya. Hal ini supaya rasa bawang putih dan cili kering merah dapat meresap ke dalam minyak. 
4. Apabila minyak sudah mendidih, baru masukkan udang ke dalam periuk. Pastikan susun udang dengan elok di atas periuk supanya ia tidak bertindih antara satu sama lain. 
5. Selepas tiga minit, taburkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian terbalik udang menggunakan pengepit supaya ia masak pada bahagian bawah. Seterusnya, tutup api untuk tidak membiarkan udang terlebih masak. 
6. Akhir sekali, taburkan lada hitam dan daun bawang yang telah dipotong tadi ke hidangan udang yang telah dimasak. Dah siap, sedia untuk dimakan!

Kredit Resepi: Omar Allibhoy - The Spanish Chef (Youtube)

Senang sangat kan resepinya? Boleh cuba buat untuk makan malam nanti!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: