seismik

[VIDEO] Balik Pukul 2 Pagi, Lelaki Ini Cuak Bila Jumpa Bungkusan Bentuk Mayat Depan Rumah

Seram juga tengok gambar.

Cover image via @apihkojeng (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai antara kita yang gemar membeli barangan secara dalam talian kerana kemudahan dan faedahnya

Tak perlu susah-susah pergi ke kedai, hanya dihujung jari sahaja semua barangan yang kita mahu boleh sampai di depan rumah. 

Kita sebagai pembeli, mesti mahukan parcel kita sampai dalam keadaan yang elok. Oleh itu, peniaga memainkan peranan untuk membungkus parcel dengan teliti.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang lelaki menerima parcel yang dibungkus seperti mayat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut balik pukul 2 pagi nampak mayat, rupa-rupanya parcel

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apihkojeng, kelihatan seorang lelaki yang baru sahaja sampai di rumahnya pada pukul 2 pagi.

Dia ternampak sebuah bungkusan berbentuk mayat yang diletakkan di hadapan rumahnya. Lebih mengejutkan, melalui rakaman CCTV, ternampak kelibat dua orang lelaki mengangkat bungkusan tersebut dan meletakkan ia di depan rumahnya.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia melihat secara betul-betul, bungkusan yang disangkakan mayat tersebut merupakan barangan yang dibelinya dalam talian. Cuma ia nampak seperti mayat apabila dibungkus sebegitu.

"Mesti yang hantar parcel tu terasa seperti bawa van jenazah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 522K views, 29.2K likes serta 476 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang terhibur dengan situasi parcel disangka mayat itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai yang bungkus parcel tu pun. Kalau admin ni dah menangis ketakutan dah ni :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: