“Dark Web” - Minta Khir Rahman Ajar Gelak Mickey Mouse, Tapi Bila Cuba Lain Pula Jadinya
Eh bukan macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, Khir Rahman telah mendedahkan identitinya bahawa dia sebenarnya empunya suara Mickey Mouse versi Melayu
Hal ini telah mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, siapa sangka suara comel Mickey Mouse tersebut merupakan Khir Rahman yang berwajah garang. Bukan semua orang mampu mempunyai bakat seperti ini.
Sama seperti seorang pemuda di TikTok ini yang cuba meniru gelak Mickey Mouse tetapi lain pula jadinya telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba tiru gelak Mickey Mouse, tapi bunyi macam Mickey Mouse dark web pula
Menerusi video yang dikongsi oleh @bob_wan1084, kelihatan seorang pemuda sedang meminta tunjuk ajar Khir Rahman untuk mengajuk suara gelak Mickey Mouse.
Kemudian, Khir Rahman pun menunjukkan demostrasi cara gelak Mickey Mouse. Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila lain pula jadinya apabila pemuda itu cuba mengajuk.
Gelak tersebut langsung tidak sama dengan apa yang diajarkan oleh Khir Rahman. Malah, ada yang mengatakan seolah-olah itu gelak Mickey Mouse versi dark web.
"Bang tu cerita Mickey Mouse yang siri mana ya? Season berapa tu?" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 636.1K views, 44K likes serta 956 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar cara pemuda tersebut mengajuk gelak Mickey Mouse.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Risau lah kalau Mickey Mouse gelak macam ni. Khir Rahman pun sampai confuse tengok abang :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!